Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

61) KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNISEL

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada tahun 2017 dan 2018, berapa ramaikah graduan tempatan UNISEL yang dilaporkan telah berjaya mendapat pekerjaan di Negeri Selangor?

    1. Berikut adalah statistik STATUS PEKERJAAN GRADUAN UNISEL yang bergraduat pada tahun 2017 dan 2018. Walau bagaimanapun, tiada data yang spesifik negeri di mana mereka bekerja dapat dinyatakan. Data ini dijana oleh Sistem Anjung IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia.

     

    Sistem ini hanya dapat menunjukkan status pekerjaan graduan selepas 6 bulan bergraduasi. Status pekerjaan graduan pasti berubah-ubah. Graduan boleh mengemas kini status mereka melalui email yang disediakan kepada pihak KPM.

    Jadual 1a : Trend Status Pekerjaan Graduan UNIVERSITI SELANGOR,  2018
    Status Pekerjaan Tahun Konvo
    2018
    Bil. %
    Bekerja 1264 51.34
    Melanjutkan pengajian 304 12.35
    Meningkatkan kemahiran 28 1.14
    Menunggu penempatan pekerjaan 102 4.14
    Belum bekerja 764 31.03
    Jumlah 2462 100

     

     

     

     

    Jadual 1b : Trend Status Pekerjaan Graduan UNIVERSITI SELANGOR (Warganegara),  2017
    Status Pekerjaan Tahun Konvo
    2017
    Bil. %
    Bekerja 1451 68.96
    Melanjutkan pengajian 265 12.60
    Meningkatkan kemahiran 35 1.66
    Menunggu penempatan pekerjaan 92 4.37
    Belum bekerja 261 12.4
    Jumlah 2104 100
  2. Apakah jenis industri yang dipilih oleh graduan tempatan UNISEL yang bekerja di Selangor?

    1. Jenis industri yang dipilih oleh graduan UNISEL di Selangor

    Tiada data jenis industri dapat dinyatakan. Hanya Sektor dan Kumpulan Pekerjaan yang dapat dinyatakan berdasarkan Sistem Anjung IPT – Ini adalah antara soalan kajian pengesanan graduan yang diisi oleh para graduan. Di negeri mana mereka bekerja tiada data dapat dijana oleh sistem ini.

     

    Sektor Pekerjaan

     

    Jadual 2a : Trend Sektor Pekerjaan Graduan UNIVERSITI SELANGOR,  2017
    Sektor Pekerjaan Tahun Konvo
    2017
    Bil. %
    Kerajaan 149 10.27
    Badan berkanun 26 1.79
    Swasta multinasional 228 15.74
    Swasta tempatan 829 57.14
    Perusahaan sendiri 106 7.37
    Lain-lain 36 2.46
    Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) 48 3.35
    Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 29 1.90
    Jumlah 1451 100

    Kumpulan Pekerjaan

    Jadual 2b : Trend Kumpulan Pekerjaan Utama Graduan UNIVERSITI SELANGOR,  2017
    Kumpulan Pekerjaan Utama Tahun Konvo
    2017
    Bil. %
    Pengurus 148 10.19
    Profesional 520 35.84
    Juruteknik dan profesional bersekutu 102 7.08
    Pekerja sokongan perkeranian 298 20.60
    Pekerja perkhidmatan dan jualan 249 17.17
    Pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan 3 0.21
    Pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan 27 1.82
    Operator loji dan mesin dan pemasang 3 0.21
    Pekerjaan asas 101 6.87
    Jumlah 1451 100

     

    Sektor Pekerjaan

     

    Jadual 2c: Trend Sektor Pekerjaan Graduan UNIVERSITI SELANGOR,  2018
    Sektor Pekerjaan Tahun Konvo
    2018
    Bil. %
    Badan berkanun 9 0.84
    Swasta multinasional 204 18.99
    Swasta tempatan 523 48.70
    Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) 42 3.91
    Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 205 19.09
    Kerajaan Persekutuan 71 6.61
    Kerajaan Negeri/Tempatan 20 1.86
    Jumlah 1074 100

     

    Kumpulan Pekerjaan

     

    Jadual 2d :  Trend Kumpulan Pekerjaan Utama Graduan UNIVERSITI SELANGOR,  2018
    Kumpulan Pekerjaan Utama Tahun Konvo
    2018
    Bil. %
    Pengurus 113 10.00
    Profesional 358 31.68
    Juruteknik dan profesional bersekutu 88 7.79
    Pekerja sokongan perkeranian 241 21.33
    Pekerja perkhidmatan dan jualan 206 18.23
    Pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan 4 0.35
    Pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan 27 2.39
    Operator loji dan mesin dan pemasang 5 0.44
    Pekerjaan asas 88 7.79
    Jumlah 1130 100

Lampiran

Tiada Lampiran.