Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
152) KEBOLEHPASARAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah belia yang telah dilatih sepanjang 2008 hingga 2013?
Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai latihan belia sama ada secara terbuka atau secara khususnya kepada golongan sasar. Latihan belia secara khusus kepada golongan belia ialah Latihan Kemahiran Teknikal di bawah Kolej INPENS yang mana pelajar yang keluarganya berpendapatan di bawah RM1,500.00. Sepanjang tahun 2008 hingga
2013, seramai 5623 belia telah dibantu seperti jadual di bawah:-
Tahun Bilangan Belia Yang Dilatih 2008 850 2009 941 2010 983 2011 915 2012 969 2013 965 Mengikut rekod yang diberikan, peluang pekerjaan yang berjaya Selain daripada itu, terdapat juga latihan-latihan kemahiran secara umum yang boleh disertai oleh belia yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Usahawan, Jawatankuasa Tetap Pertanian, Jawatankuasa Tetap Wanita dan Jawatankuasa Tetap Belia.
-
Apakah jenis latihan dan pihak yang bertanggungjawab melatih mereka?
Kolej INPENS bertanggungjawab dalam melatih mereka dan jenis-jenis latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Pembuat Pakaian Wanita;
- Sistem Komputer;
- Juruteknik Penyelenggaraan dan Penyaman Udara;
- Juruteknik Elektrik;
- Pendawai Elektrik;
- Juruteknik Kenderaan Motor;
- Juruteknik Elektronik Industri;
- Juru kecantikan;
- Juruteknik Motosikal;
- Pendandan Rambut.