Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

286) KEBERSIHAN TAMAN PERMAINAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebersihan dan penyelenggaraan taman permainan terutamanya di PJS 7, SS12, 17, 18, USJ 1, 2, 4, 6, 9, 11, 13 tidak memuaskan. Apakah punca masalah?

    Punca masalah bagi masalah kebersihan dan penyelenggaraan taman permainan adalah berbagai, antaranya prestasi kontraktor dan pembahagian kawasan kerja yang terlalu besar.

  2. Apakah cara penyelesaian?

    Penyelesaian MBSJ bagi tahun 2023 dan seterusnya ialah :-

    1. Membuat semakan semula terhadap pembahagian kawasan kerja dan terdapat kawasan yang telah dikecilkan.
    2. Membuat penambahan skop pembersihan sisa pokok (bukan pukal) secara minima.
  3. Adakah kekosongan jawatan Datuk Bandar MBSJ akan melewatkan lantikan kontraktor untuk 2023?

    Pelantikan kontraktor telah dibuat dalam Mesyuarat berkaitan pada 24 Februari 2023. Kerja akan bermula di tapak pada awal Mac 2023 selepas selesai proses dokumentasi, surat-menyurat dan penyediaan insuran.

Lampiran

Tiada Lampiran.