Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

284) KEBERSIHAN SUNGAI DAN KEMAJUAN PELANCONGAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan sedar berikutan projek-projek perumahan di kawasan kampung, seperti di Hulu Langat, mengakibatkan kebersihan sungai-sungai terjejas?

    1. Ya, Kerajaan Negeri berpendapat projek-projek pembangunan di dalam kawasan kampung boleh mengakibatkan sungai-sungai terjejas samada dari ancaman masalah hakisan tebing, pencemaran kelodak, pencemaran air sungai dan sebagainya. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan setiap pembangunan perumahan dikawal dari segi sumbangan pencemaran ke sistem perparitan dan sungai sedia ada supaya kebersihan dan kualiti alam sekitar dapat dikekalkan ataupun ditingkatkan, agar kehidupan lebih sihat dan bermutu.

    Bagi mencapai objektif tersebut, pada dasarnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mensyaratkan agar penyediaan perangkap kelodak, perangkap sampah, ‘silt curtain’ dan lain-lain struktur Best Management Practices (BMP) ke atas setiap permohonan pembangunan yang dikemukakan sebelum pembangunan kerja tanah dijalankan.

    Di samping itu juga, JPS Negeri Selangor sentiasa mengadakan lawatan Task Force bagi Ops Lumpur ke atas setiap permohonan pembangunan dari masa ke semasa bagi memastikan perlaksanaan Best Management Practices (BMP) dilaksanakan di tapak oleh pihak pemaju.

  2. Jika ya, apakah langkah-langkah kerajaan bagi menjamin sungai-sungai kekal bersih serta bebas penyakit, dan menjadi antara sumber tarikan pelancong?

    Bagi menjamin sungai kekal bersih serta bebas penyakit dan menjadi sumber tarikan pelancong beberapa faktor perlu diambil kira dan perlu diperkemaskan. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut:

     

    • Penguatkuasaan oleh semua agensi

     

    • Penyelarasan antara agensi yang terlibat seperti JPS, PBT, LUAS, JAS dan agensi-agensi

     

    • Penerapan nilai murni atau kempen yang berterusan daripada peringkat kanak- kanak hingga

     

    • Kawalan punca sampah sebelum masuk ke sungai oleh agensi yang

     

    • Denda atau kompaun maksimum bagi pesalah yang memudaratkan sungai dan alam sekitar.

     

    • Kawalan penguatkuasaan yang lebih

Lampiran

Tiada Lampiran.