Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

37) KEBERSIHAN PREMIS PERNIAGAAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana PBT untuk mengawal kebersihan premis?

    Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa untuk mengawal kebersihan premis melalui punca kuasa seperti berikut:

     

    1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
    2. Akta Makanan 1983 (Akta 281);
    3. Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009;
    4. Undang-Undang Kecil mengikut PBT masing-masing; dan
    5. Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Apakah hukuman sekiranya premis gagal mengawal kebersihan premis?

    Mana-mana premis yang gagal mengawal kebersihan premis masing-masing boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

     

    1. Kompaun atas kesalahan gagal mematuhi syarat lesen di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan 2007 dengan kadar denda maksimum RM1,000.00;
    2. Notis Pematuhan Syarat (NPS) di mana tempoh notis adalah 14 hari;
    3. Notis Pembatalan Lesen (NPL) di mana tempoh notis adalah 7 hari; atau / dan
    4. Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL); dan
    5. Penutupan premis.
  3. Apakah ganjaran kepada premis yang menjaga kebersihan dengan baik?

    Pengusaha yang berjaya menjaga dan memastikan kebersihan premis akan diberikan Premis Gred A. Terdapat juga PBT seperti MBDK dan MPKS yang menganjurkan pertandingan kebersihan dan hadiah diberikan dalam bentuk tunai dan plak manakala MPKj, MPAJ, dan MBSA membuat hebahan Gerai Bersih Gred A di sosial media PBT masing-masing.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.