Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
332) KEBERSIHAN MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap prestasi kebersihan selepas teguran DYMM Sultan Selangor?
Susulan daripada teguran D.Y.M.M. Sultan Selangor berkenaan isu kebersihan dan banjir di Bandaraya Diraja Klang, Majlis Bandaraya Diraja Klang menubuhkan satu Jawatankuasa Induk Kebersihan Daerah Klang yang terdiri daripada semua agensi Kerajaan, swasta, NGO, dan komuniti dengan fokus terhadap kebersihan di daerah Klang. Setiap jabatan/ agensi yang terlibat bertanggungjawab untuk melaporkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan dari aspek kebersihan di daerah Klang termasuk di sungai, laut dan daratan.
-
Berapakah konraktor pembersihan telah ditamatkan kontrak selepas gagal mengikut kontrak yang sediaada dari tahun 2018 hingga 2024 di MBDK mengikut kutipan sampah domestik dan kutipan sampah pukal?
KDEB telah mengambil tindakan penamatan terhadap satu kontraktor lantikan mereka pada tahun 2019 kerana gagal menjalankan skop dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.