Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

34) KEBERSIHAN KESELURUHAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini penggubalan Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor.

    Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor sedang di semak semula berdasarkan kelulusan dasar baru dengan pewujudan Projek Management Company (PMC) bagi pengurusan sisa pepejal dan juga isu-isu berkaitan kitar semula ( Contoh: Dasar Larangan Penggunaan Polistrina dan Beg Plastik) dan lain- lain.

  2. Status terkini penyediaan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif

    Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaaan Negeri pada masa ini adalah seperti berikut:

    • Penyediaan Pelan Tindakan Pengurusan Kitar Semula oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Tetuan P.E Research Sdn. Bhd. bagi merancang dan merangka pelan tindakan kitar semula dan pengurangan sisa pejal di punca di mana perkara ini dijangka akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada hujung tahun 2016.
    • Pelaksanaan projek perintis yang dikenali Project Management Company (PMC) di Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula 1 Julai 2016.PMC yang dicadangkan ini akan bekerjasama dengan pihak PBT dan juga negeri untuk memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih baik melalui operasi secara bersepadu dan seragam. Kerajaan Negeri akan menilai dan memastikan kebolehlaksanaan model pengurusan sampah ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum keputusan untuk pelaksanaan di lain- lain PBT diputuskan.
    •  Worldwide Holdings Berhad (WHB) telah diminta untuk melaksanakan kajian terperinci Pembangunan Integrated Solid Waste Management (ISWCM) melalui keputusan MMKN Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 di mana WHB perlu membuat kajian dan analisa lengkap berhubung unjuran jumlah sampah dan jenis/komponen sampah yang akan dilupuskan di ISWCM termasuk sampah dalam kategori jenis kitar semula.
  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas tanah TOL yang tidak diusahakan?

Lampiran

Tiada Lampiran.