Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

28) KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor memastikan kebersihan kawasan pelancongan dijaga dengan baik untuk keselesaan pelancong?

    Usaha untuk menjadikan kawasan-kawasan pelancongan yang bersih untuk keselesaan pelancong perlulah menjadi agenda utama Operator Produk Pelancongan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mereka ini akan memainkan peranan masing-masing dan bertanggungjawab bagi memastikan tahap kebersihan di setiap kawasan pelancongan tersebut berada pada tahap yang tertinggi.

    Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap produk operator dan juga PBT yang berkaitan untuk menyediakan kontraktor pembersihan bagi setiap produk pelancongan yang berada di dalam kawalan mereka untuk menjamin akan keselesaan pelancong sepanjang masa.

    Sebagai contoh, Taman Eko Rimba Kanching, Rawang di bawah seliaan Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Taman Eko Rimba Sungai Tua Ulu Yam di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah melantik pihak kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan keseluruhan lokasi pelancongan tersebut secara berjadual.

    Oleh yang demikian, aspek kebersihan bagi setiap lokasi yang berkaitan dengan produk pelancongan di Negeri Selangor sentiasa diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan produk pelancongan tersebut terjaga dan diselia dengan baik seterusnya memberikan keselesaan kepada para pelancong. Ia juga akan memberikan nilai tambah kepada produk pelancongan Negeri Selangor serta memastikan mereka akan kembali semula untuk melancong di Negeri Selangor di masa akan datang.

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan masalah kekotoran dan infrastruktur yang tidak sempurna di Hutan Rimba Kanching Rawang?

    Taman Eko Rimba Kanching, Rawang yang merupakan produk pelancongan seliaan Tourism Selangor Sdn. Bhd., bagi pengurusan pembersihan, pihak Tourism Selangor telah melantik kontraktor pembersihan yang telah ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pembersihan pada setiap hari di dalam kawasan berpagar seliaan Tourism Selangor.

    Untuk makluman, kekerapan proses pembersihan dijalankan di dalam kawasan tersebut adalah sebanyak 3 kali sehari bagi hari-hari biasa (Isnin hingga Jumaat) dan 4 kali sehari bagi hujung minggu (Sabtu dan Ahad) termasuk Cuti Umum.

    Isu kerosakan infrastruktur yang terjadi dalam Taman Eko Rimba Kanching berlaku atas beberapa faktor:

    1. Bencana Alam
    • Diakibatkan oleh pokok-pokok tumbang yang menghempap beberapa infrastruktur yang terdapat dalam kawasan seliaan seperti wakaf/ gazebo
    • Banjir besar atau disebabkan daripada fenomena ‘Kepala Air’ dari hulu sungai/ air terjun

     

    Kacau Ganggu oleh Monyet Liar yang menyebabkan berlaku beberapa kerosakan kepada infrastruktur termasuk kenderaan orang awam yang mengunjungi Taman Eko Rimba Kanching

Lampiran

Tiada Lampiran.