Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

218) KEBERSIHAN GERAI PENJAJA MAKANAN DI DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah gred kebersihan gerai dan persekitaran terutama gerai kelompok MPK di Jalan Kenangan, di Pekan Meru dan sekitarnya telah dilaksanakan?

    Penggredan telah dijalankan ke atas gerai – gerai kelompok MPK di Jalan Kenangan di Pekan Meru dan sekitarnya di mana kebanyakan gerai telah mendapat gred B dan C sahaja iaitu di tahap bersih dan memuaskan

  2. Berapa kekerapan pemeriksaan kebersihan gerai dilaksanakan?

    Kekerapan pemeriksaan kebersihan gerai adalah sebanyak sekali setahun. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat aduan, pemeriksaan berikutnya akan dijalankan semula.

  3. Adakah gred kebersihan juga melibatkan gerai-gerai persendirian?

    Penggredan pemeriksaan kebersihan juga ada melibatkan semua gerai – gerai/ ‘foodcourt’ persendirian di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.