Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
144) KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapakah bertanggungjawab terhadap pemantauan kebersihan dan kesihatan di mini market dan semua kedai perniagaan di Jalan Bukit Kemuning yang semakin menjadi keadaan yang teruk?
Pemeriksaan premis perniagaan dijalankan semasa proses permohonan lesen perniagaan. Pemeriksaan merangkumi aspek kebersihan dan keselamatan premis dan pengunjung kedai. Sekiranya terdapat pelanggaran syarat, permohonan lesen akan ditolak. Pemantauan secara rawak akan dijalankan oleh jabatan bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan makanan yang dijual di dalam premis berkenaan seperti makanan telah tamat tarikh luput, makanan berkaling yang telah kemek, karat atau mengelembung serta bungkusan makanan yang telah koyak.
-
Apakah tindakan yang telah diambil dan laporan secara terperinci?
MBSA bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan kebersihan dan kesihatan premis-premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis. Pemeriksaan dibuat ke atas premis-premis perniagaan berlesen berdasarkan syarat lesen dan peraturan pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan.
MBSA akan mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis tidak berlesen dan yang didapati melanggar syarat lesen serta tidak menjaga kebersihan premis dengan menggunapakai akta dan undang-undang kecil yang diperuntukkan seperti berikut:
– Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
– Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
– UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MBSA) 2007
– UUK Pemungutan, Pembuangan,Pelupusan Sampah Sarap (MBSA) 2007
Tindakan notis dan kompaun akan dikenakan kepada premis yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bagi kawalan keselamatan makanan, MBSA turut melaksanakan aktiviti persampelan dan rampasan makanan secara berjadual berdasarkan peruntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985