Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

70) KEBERSIHAN AWAM

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai pendekatan bagi mengatasi masalah sampah yang kian berleluasa di Negeri Selangor?

    Pendekatan bagi mengatasi masalah sampah khususnya di Majlis Perbandaran Klang (MPK) adalah MPK telah merancang pelbagai usaha dan menjalankan program sejak tahun 2020 iaitu:-

    i) Mempromosikan kempen kitar semula di kalangan masyarakat terutamanya komuniti penduduk, JKKK, JMB, RA dan sebagainya. MPK telah mengadakan kempen kitar semula di 4 buah pangsapuri di Klang iaitu di Pangsapuri Dahlia, Pangsapuri Pendamar A, Apartment Golden Villa dan Flat Sri Bahtera.

    ii) Membina dan menaiktaraf kebuk sampah untuk dijadikan kebuk pusat kitar semula yang berkonsepkan ‘drop in waste’ bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kitar semula seperti di Jalan Pasar Meru dan Jalan Makyong 5, Bukit Raja.

    iii) Mengedarkan notis dan kempen penyediaan tong sampah MGB 120L di kawasan komersial dan MGB 240L di kawasan perumahan. Sebanyak 10,073 notis telah dikeluarkan di kawasan komersial yang melibatkan hampir keseluruhan 77.5% telah dikeluarkan di seluruh kawasan Daerah Klang.

    iv) Mengadakan pertandingan kebersihan Taman Perumahan dan kitar semula peringkat komuniti mengikut zon ahli majlis. Sebanyak 24 zon ahli majlis terlibat dalam pertandingan ini.

    v) Mengadakan pertandingan kawasan terbersih bagi subkontraktor KDEB di kawasan masing-masing. Penilaian ini dinilai dalam tempoh satu tahun dengan mengambil kira beberapa kreteria seperti bilangan aduan yang diterima, bilangan NTP yang telah dikeluarkan dan gerak kerja dalam melaksanakan tugas di lapangan.

    vi) Mewujudkan lantikan syarikat kontraktor panel sisa industri bagi memberi pilihan kepada pemain industri untuk melantik dan menguruskan sisa sampah industri mereka. Senarai kontraktor panel sisa industri ini telah bermula pada bulan November 2021.

  2. Apakah tindakan drastik yang diambil untuk mengatasi masalah pembuangan sampah di kawasan Sentosa?

    Beberapa tindakan drastik telah dijalankan oleh pihak Majlis bagi mengatasi masalah pembuangan sampah di kawasan Sentosa iaitu:

    i) Mewujudkan Squad Green Volunteer (SGV) yang dipilih oleh ahli Majlis kawasan bertujuan menjadi mata-mata/ pemberi maklumat kepada Majlis sekiranya terdapat pembuangan sampah haram di kawasan mereka.

    ii) Mempergiatkan operasi pemantauan dan kawalan statik terutamanya pada waktu malam di kawasan-kawasan yang sering terjadi pembuangan sampah haram. Tindakan sitaan akan dijalankan sekiranya terdapat lori yang membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.

    iii) Memasang penggunaan CCTV di lokasi-lokasi pembuangan sampah yang ketara seperti di Jalan Kebun Nenas.

    iv) Mengggantikan penggunakan tong sampah Leach Bin (LB) kepada tong MGB 120L / 240L terutamanya di kawasan jalan-jalan utama dan diubah ke bahagian dalam lorong bagi mengelakkan pembuangan sampah haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

    v) Mengadakan Program Tour to Clean (TTC) iaitu program membersihkan dan membasuh tapak sampah haram, menyusun semula penempatan dan kesesuaian tong di kawasan tersebut. Ini bagi menghapuskan kesan sampah longgok tersebut disamping menghilangkan kacau ganggu bau dan kesan sampah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.