Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
8) KEBERSIHAN ALAM SEKITAR Ð HAPUSKAN TIKUS
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor mempunyai programprogram tertentu untuk menyelesaikan masalah tikus yang telah banyak menjejas kebersihan alam sekitar?
Setakat ini, terdapat beberapa PBT yang menjalankan program tertentu bagi
menyelesaikan masalah tikus seperti di Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ)
mengadakan kempen menangkap tikus dengan bayaran RM 1 bagi seekor tikus.
Manakala di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan program kawalan
tikus di semua pasar awam, pusat penjaja dan gerai-gerai milik Majlis. Aktiviti kawalan
dijalankan sebulan sekali di setiap pasar pusat penjaja dan gerai. Di samping itu juga
Majlis menjalankan kawalan tikus di kawasan awam seperti padang permainan dan
kawasan tumpuan awam. Selain itu, di semua premis makanan di PBT diwajibkan
mendapatkan khidmat syarikat “pest control” yang berdaftar. -
Berapakah kempen anti-tikus yang diadakan oleh PBT setiap daerah setiap tahun sejak tahun 2005?
Sehingga tahun 2008, hanya tiga (3) buah PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya
(MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) telah mengadakan kempen anti tikus secara khusus. Walau bagaimanapun
PBT-PBT yang lain telah mengadakan kempen kebersihan secara komprehensif dan
menyeluruh. -
Berapakah seminar kebersihan yang dianjurkan setiap tahun untuk memupuk kesedaran di kalangan usahawan yang terlibat dalam industri makanan dan perniagaan kedai makan?
Setiap pengendali makanan adalah diwajibkan untuk mengikuti kursus asas pengendali
makanan, di mana salah satu tajuk yang dibincangkan adalah khusus menyentuh
tentang kepentingan tikus terhadap kesihatan awam dan juga cara-cara pencegahan
dan kawalan nya. Bilangan kursus dan seminar yang diadakan adalah bergantung
kepada keperluan semasa PBT.