Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
23) KEBERKESANAN TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peserta dalam setiap DUN yang menyertai program tuisyen rakyat tahun lepas
- Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) merupakan program Tuisyen Percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Program Tuisyen Percuma ini ditawarkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Negeri Selangor. Pelajar yang terlibat adalah berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana. Setiap kawasan (DUN) diperuntukkan seramai 100 orang pelajar bagi menyertai program ini. Berikut adalah perincian jumlah penyertaan pelajar mengikut kawasan pada tahun 2009 dan 2010:
Jadual 1 : Jumlah penyertaan pelajar mengikut kawasan pada tahun 2009 dan 2010
BIL
NAMA KAWASAN (DUN)
BILANGAN PELAJAR 2009 2010 1 HULU BERNAM 100 104 2 KUALA KUB BARU 100 65 3 RAWANG 100 100 4 BATANG KALI 80 50 5 TAMAN TEMPLER 100 90 6 BATU CAVES 85 65 7 BUKIT ANTARABANGSA 100 100 8 GOMBAK SETIA 85 88 9 HULU KLANG 75 45 10 LEMBAH JAYA 89 75 11 KAJANG 100 70 12 CEMPAKA 68 53 13 SEMENYIH 95 160 14 TERATAI 85 35 15 DUSUN TUA 95 130 16 DENGKIL 35 100 17 BALAKONG 100 90 18 BANGI 100 95 19 SRI KEMBANGAN 75 65 20 SRI SERDANG 100 65 21 KINRARA 80 60 22 DAMANSARA UTAMA 100 89 23 BUKIT LANJAN 50 X 24 TANJUNG SEPAT 100 100 25 SIJANGKANG 100 100 26 TELOK DATOK 100 104 27 MORIB 100 100 28 SUNGAI PELEK 100 100 29 SG AIR TAWAR 40 100 30 SABAK 70 100 31 SUNGAI PANJANG 40 100 32 SEKINCHAN 79 85 33 SUNGAI BURONG 100 100 34 PERMATANG 48 45 35 BUKIT MELAWATI 100 100 36 IJOK 100 100 37 JERAM 100 100 38 KUANG 93 80 39 SUBANG JAYA 12 22 40 SERI SETIA 57 90 41 TAMAN MEDAN 95 100 42 BUKIT GASING 8 20 43 KAMPUNG TUNKU X X 44 PAYA JARAS X 45 45 KOTA DAMANSARA 60 35 46 KOTA ANGGERIK 70 100 47 BATU TIGA 100 100 48 MERU 100 100 49 SEMENTA 100 100 50 SUNGAI PINANG 100 50 51 SELAT KLANG 91 100 52 PELABUHAN KLANG X 55 53 PANDAMARAN 51 45 54 KOTA ALAM SHAH 57 81 55 SERI ANDALAS 74 57 56 SRI MUDA 91 100 JUMLAH KESELURUHAN 4333 4508 -
Cara-cara menyemak keberkesanan program ini.
Mekanisma yang dipilih untuk mengukur keberkesanan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) adalah seperti berikut:
- Perbandingan keputusan Peperiksaan pelajar :
- Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR);
- Keputusan Peperiksaan Tingkatan 4 (Akhir Tahun);
- Ujian Prestasi Pelajar – anjuran Program Tuisyan Rakyat Selangor(PTRS)
- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Perubahan sikap : Minda positif, matlamat hidup yang jelas, kesedaran rasa tanggungjawab, peningkatan mutu penampilan akhlak yang baik. Maklum balas yang diambil daripada,
- Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI)
- Guru-guru Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
- Ibu bapa / penjaga pelajar
- Rakan sebaya pelajar
- Perbandingan pendaftaran pelajar mengikut tahun 2009, 2010 dan 2011. Pendaftaran pelajar dari tahun ke tahun semakin meningkat, ini menunjukkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menjadi pilihan ibu bapa dan
- Perbandingan keputusan Peperiksaan pelajar :