Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

157) KEBERKESANAN PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butiran terperinci semenjak 2014 termasuk jumlah dana yang digunakan untuk menjayakan kesemua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), bilangan penerima dan senarai program baharu, jika ada

    Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor mempunyai sebanyak 18 program yang dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar memperbaiki kehidupan. Bermula Mac 2015, Skim Mikrokredit Selangor, Skim Mikrokredit Miskin Bandar dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang telah digabung di bawah Program Hijrah Selangor. Program-program lain yang terdapat di bawah Skim MES adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M2), Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL), Insentif Perkahwinan Belia, Pusat Tuisyen Rakyat, Pusat Dialisis Rakyat, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Cuti Bersalin 90 Hari, Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari, Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari, Jom Shopping (Warga Emas + Ibu Tunggal), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral.

     

    Jumlah perbelanjaan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2015 yang dilaporkan adalah berjumlah RM540,431,419.14. Bagi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Hadiah Anak Masuk Universiti, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM8,176,200 dan RM15,999,950. Manakala sebanyak RM56,648,500 dan RM962,625 pula telah dibelanjakan di bawah Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang. Untuk kedua-dua Skim Mikrokredit, iaitu Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), perbelanjaan setakat 30 Jun 2015 adalah sebanyak RM32,697,150 dan RM2,773,369.62. Program Hijrah Selangor yang baru dilancarkan pada Mac 2015 yang lalu telah mencatatkan sebanyak RM76,979,000 jumlah perbelanjaan. Bagi Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) sejumlah RM241,850 telah dibelanjakan dan sejumlah RM141,500 pula dibelanjakan di bawah Program Jom Shopping. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) dan Skim Bantuan Tadika (TUNAS) pula masing-masing telah

     

    membelanjakan sebanyak RM1,472,350 dan RM8,105,985. Manakala di bawah Insentif Perkahwinan Belia dan Pusat Tuisyen Rakyat sebanyak RM8,551,500 dan RM3,629,000 telah dibelanjakan. Perbelanjaan paling tinggi di bawah Program MES adalah bagi Program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama, iaitu sejumlah RM321,602,368.34 telah dibelanjakan untuk seluruh rakyat Selangor.

     

    Ringkasan bagi statistik penerima faedah dan perbelanjaan dari 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2015 bagi setiap skim MES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi yang dilantik adalah seperti di Lampiran A.

    melalui agensi yang dilantik adalah seperti di Lampiran A.

     

    LAMPIRAN A

     

    PROGRAM MES

    STATISTIK JUMLAH PENERIMA DAN PERBELANJAAN UNTUK SETIAP SKIM MES DARI 1 JANUARI 2014 SEHINGGA 31 DISEMBER 2015

     

     

     

    BIL.

     

    PROGRAM

     

    AGENSI

    JUMLAH KESELURUHAN
    PENERIMA FAEDAH

    (ORANG)

    PERBELANJAAN

    (RM)

    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 55,137 8,176,200.00
    2 Hadiah Anak Masuk Universiti Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 15,938 15,999,950.00
    3 Skim Mesra Usia Emas Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 21,658 56,648,500.00
    4 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang Seksyen Sektoral, UPEN 4,292 962,625.00
     

    5

    Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama*  

    Kerajaan Negeri Selangor

     

    Seluruh Rakyat Selangor

     

    321,602,368.34

    6 Skim Hijrah Selangor Yayasan Hijrah Selangor 15,269 76,979,000.00
    * Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) Yayasan Hijrah Selangor 2,622 32,697,150.00
    * Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) Yayasan Hijrah Selangor 137 2,450,071.18
    * Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Yayasan Hijrah Selangor 352 2,773,369.62
    7 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 2,590 241,850.00
    8 Insentif Perkahwinan Belia Seksyen Sektoral, UPEN 17,103 8,551,500.00
    9 Pusat Tuisyen Rakyat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 7,686 3,629,000.00
    10 Pusat Dialisis Rakyat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 30 N/A
    11 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 1,439 1,472,350.00
    12 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 15,791 8,105,985.00
    13 Cuti Bersalin 90 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 30 N/A
    14 Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama

    14 Hari

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 1 N/A
    15 Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 1 N/A
    16 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 1,415 141,500.00
    17 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) Seksyen Sektoral, UPEN
      ROYALTI YANG DIBAYAR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR (RM)
     

    18

    Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral  

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor

     

    118,585,735.35

    JUMLAH 161,491 540,431,419.14

Lampiran

Tiada Lampiran.