Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
50) KEBERKESANAN PEMASARAN PRODUK ASAS TANI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pemasaran produk asas tani sedia ada mampu meningkatkan keuntungan hasil jualan?
Ya, Kerajaan Negeri membantu dalam mempromosikan produk asas tani melalui medium seperti peluang berniaga di program pameran dan jualan seperti ekspo Selangor Agrofest (SAF), Halfest, MIHAS, jualan hari raya di Pasaraya terpilih dan semasa Hari Bertemu Pelanggan di daerah-daerah. Selain itu, Jabatan Pertanian juga membantu dari segi cetakan bahan promosi seperti phamplet, bunting dan banner untuk kegunaan usahawan bimbingan. Jabatan juga bekerjasama erat dengan Pasar raya Aeon untuk membawa produk-produk usahawan bimbingan ke dalam pasar raya ini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula telah membuka dua buah Vetmart di Sabak Bernamd an Sijangkang bagi mempromosikan produk industri asas
-
Nyatakan penambahbaikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran produk asas tani?
Penambahbaikan yang dibuat dari segi pembungkusan produk, bengkel pemprosesan dan latihan yang disediakan secara berkala oleh Jabatan Pertanian. Pada tahun ini, 10 buah bengkel akan dinaiktaraf oleh Jabatan Pertanian.