Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

249) KEBERKESANAN I- CLEAN APP

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan aduan diterima oleh orang awam sejak permulaan penggunaannya di Majlis Perbandaran Klang.

    1. Jumlah aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Klang melalui Sistem I-Clean APP adalah seperti berikut:-
    Bulan Bilangan Aduan
    Julai 2016 27
    Ogos 2016 10
    September 2016 8
    Oktober 2016 4
    November 2016 4
    Disember 2016 4
    Jumlah 57
  2. Berapakah jumlah lori kompaktor dan kakitangan digunakan oleh KDEB untuk mengutip sisa sampah di setiap PBT?

    Sebanyak 60 buah lori Compactor dan 240 orang kakitangan digunakan untuk mengutip sisa sampah.

  3. Berapakah kos setiap kompaktor baru dibeli dari Negara Jepun?

    Anggaran kos adalah sebanyak RM400,000.00 seunit.

Lampiran

Tiada Lampiran.