Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
411) KEBERKESANAN APLIKASI ADUAN OLEH PBT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh mana keberkesanan aplikasi aduan (SISPAA-MBSA) dan (i-responz-MBDK)?
Kadar keberkesanan aplikasi aduan (SISPAA-MBSA) adalah ianya merupakan satu platform pengurusan aduan dimana segala jenis aduan dalam bidangkuasa dapat diuruskan secara berpusat dan sistematik oleh MBSA mengikut Pekeliling atau Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan.Pengadu berdaftar juga boleh menyertakan maklumat yang lengkap dan tepat bagi tujuan tindakan dan membuat semakan status terhadap aduan yang telah dinyatakan.
Keberkesanan Sistem Aduan I-Responz Majlis Bandaraya Diraja Klang merujuk kepada sejauh mana sistem tersebut dapat berfungsi dengan baik dalam menerima, memproses, dan menyelesaikan aduan daripada pengguna atau orang awam. Tujuan utama sistem ini adalah untuk memastikan aduan-aduan daripada pelanggan diambil tindakan secara sistematik. Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan sistem aduan ini adalah :
- Kemudahan Akses – Sistem aduan yang mudah diakses oleh semua pihak, sama ada melalui platform dalam talian, telefon pintar.
- Penerimaan aduan awam – Sistem ini bertindak untuk menerima, merekod dan menguruskan aduan daripada pelanggan. Pelanggan boleh membuat aduan melalui pelbagai saluran seperti aplikasi aduan I-Responz, lawan web MBDK, emel, telefon, surat, datang sendiri. Sistem akan merekodkan butiran aduan seperti butiran pengadu, jenis masalah, lokasi masalah dan maklumat lain.
- Pengurusan Aduan – Setelah aduan diterima, sistem ini membolehkan pihak Majlis untuk menilai dan menyelesaikan masalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Penyelesaian dan Tindak Balas – Sistem ini juga akan menyimpan rekod penyelesaian atau tindakan yang telah diambil, serta memberi maklum balas kepada pihak yang mengadu.
- Laporan dan analisis – Sistem ini dilengkapi dengan ciri-ciri untuk menjana laporan mengenai aduan yang terima, tindakan yang telah diambil, membantu dalam menganalisa trend masalah dan membolehkan pihak Majlis mengambil tindakan pembetulan/ penambahbaikan.
-
Nyatakan jumlah aduan diterima, jumlah selesai dan tempoh penyelesaian mengikut PBT (MBSA dan MBDK) bagi tempoh 2022-2024?
Jumlah aduan diterima, jumlah selesai dan tempoh penyelesaian di MBSA bagi tempoh 2022-2024 adalah seperti berikut:
Tahun Aduan Diterima Aduan Selesai Selesai Dalam Tempoh 15 Hari Selesai selepas Tempoh 15 Hari 2022 33,981 33,981 - - 2023 27,771 27,771 22,683 5,088 2024 (Sehingga Oktober)
28,097 24,487 20,605 3,882 Jumlah aduan yang diterima, selesai dan tempoh penyelesaian yang diambil oleh MBDK bagi tahun 2022 hingga 2024 adalah seperti yang berikut :
Tahun Jumlah Terima aduan Jumlah Selesai Aduan Tolak* Aduan Batal Dalam Tindakan < 14 hari > 14 hari 2022 20,733 16,600 2,381 1,683 69 – 2023 23,251 17,824 3,198 2,127 102 – 2024 (Jan – Okt)
20,385
12,496
5,642
1,730
78
439
*Aduan tolak – merupakan aduan yang bukan dibawah tanggungjawab pihak MBDK namun telah diselaraskan kepada jabatan luar untuk tindakan (seperti JKR, JPS dan sebagainya).