Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
67) KEBENARAN OPERASI SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN DI BANGUNAN KEDAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa ada PBT-PBT yang mengeluarkan peraturan tidak membenarkan sekolah-sekolah agama persendirian beroperasi di bangunan kedai?
Semua PBT di Selangor membenarkan pengoperasian sekolah agama persendirian di kawasan bangunan kedai. Walau bagaimanapun, pengusaha perlu mendapatkan kelulusan lesen perniagaan dan mematuhi semua syarat yang dikenakan iaitu perlu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang bagi kegunaan bangunan dan juga kelulusan agensi berkaitan seperti Bomba, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Agama Islam.
Berdasarkan rekod, Majlis Perbandaran Selayang telah mengeluarkan lesen perniagaan bagi aktiviti sekolah agama persendirian sebanyak lima (5) buah sekolah pada tahun 2023. Manakala di Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) pula, sebanyak 62 permohonan sekolah agama swasta/ tahfiz/ KAFA telah diluluskan untuk beroperasi di bangunan kedai sejak dari tahun 2016.