Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

218) KEBENARAN MERANCANG PROJEK PR1MA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prosedur permohonan kebenaran merancang.

    Permohonan Kebenaran Merancang adalah permohonan kebenaran untuk menjalankan pemajuan di bawah Seksyen 21 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan keperluan Kebenaran Merancang ini disebut di bawah Seksyen 19 Akta yang sama. Permohonan Kebenaran Merancang perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) untuk pertimbangan dan perlu dikemukakan bersama pelan dan Laporan Cadangan Pemajuan. Dalam mempertimbangkan permohonan berkenaan, pihak PBPT akan mendapatkan pandangan agensi teknikal dari aspek keperluan teknikal. Pertimbangan bagi Permohonan Kebenaran Merancang adalah di bawah Seksyen 22(3) Akta 172. Prosedur memproses permohonan Kebenaran Merancang di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor adalah merujuk kepada Manual OSC 3.0 Plus, Edisi Pertama 2019 oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Prosedur permohonan Kebenaran Merancang seperti di lampiran.

  2. Nyatakan jumlah saman yang dikeluarkan dari 2018-2022 kepada pemaju yang telah memulakan projek pembinaan tanpa kebenaran merancang.

    Pemajuan yang dijalankan tanpa kebenaran merancang adalah dilarang di bawah peruntukan Akta 172. Berikut adalah jumlah saman yang dikeluarkan dari tahun 2018 hingga 2022 kepada pemaju yang telah memulakan projek pembinaan tanpa Kebenaran Merancang:

Lampiran

Tiada Lampiran.