Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
191) KEBENARAN MERANCANG MPK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tiada pemantauan kepatuhan pesalah atas Notis yang dikeluarkan. Apakah halangan ini?
Pihak Jabatan Perancang Bandar akan membuka kertas siasatan untuk tindakan seterusnya jika notis masih tidak dipatuhi. Di antara halangan yang menyebabkan pemantauan tidak dapat dibuat adalah:-
- Kekurangan kakitangan Jabatan Perancang untuk membuat pemantauan.
- Kerja-kerja ditapak terus dilakukan pada waktu malam sewaktu pemantauan tidak dilakukan.
-
Perlukah setiap kes dibawa ke mahkamah dan berapa lamakah tempoh selesai?
Ya, setiap kes akan dibawa ke Mahkamah dan tempoh kes adalah lebih kurang
9-12 bulan dari tarikh penyediaan kertas siasatan kepada Jabatan UndangUndang MPK kepada permohonan untuk mendapatkan izin pendakwaan kepada pemakaian saman kepada sebutan kes dan akhir sekali jatuh hukuman.
-
Apakah dapat dipastikan kelemahan ini, mengelakkan kes dibawa ke mahkamah?
Bagi mengelakkan kes dibawa ke Mahkamah yang memakan tempoh masa yang lama tindakan segera adalah dengan mengkompaun dan tindakan perobohan dibawah Akta 133. Kerjasama dari jabatan teknikal luar seperti SYABAS, TNB, PTD, JKR adalah amat diperlukan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan boleh dibuat di bawah bidang kuasa masing-masing.