Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
189) KEBENARAN MERANCANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prosedur permohonan kebenaran merancang.
Kebenaran Merancang (KM) adalah keperluan di bawah peruntukan Seksyen 19(1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] di mana setiap pemajuan yang hendak dimulakan/ dibina perlulah mendapat kelulusan KM terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Prosedur bagi permohonan KM di PBT bermula dengan permohonan pemajuan yang dikemukakan kepada Unit Pusat Setempat (One Stop Centre) dan diproses oleh Jabatan Perancangan Pembangunan dengan merujuk kepada Akta 172, Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan Am (2001) (Selangor), Rancangan Tempatan serta dasar – dasar Perancangan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang diterima pakai oleh PBT negeri Selangor. Setiap permohonan KM yang dikemukakan akan dibentangkan dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua untuk mendapatkan pertimbangan.
-
Nyatakan jumlah saman yang dikeluarkan dari 2020-2022 kepada pemaju yang telah memulakan projek pembinaan tanpa kebenaran merancang.
Jumlah saman yang dikeluarkan daripada tahun 2020 hingga 2022 kepada pemaju yang telah memulakan projek pembinaan tanpa KM adalah 13 saman iaitu tiga (3) saman daripada MBPJ dan 10 saman daripada MBSJ. Sebagai maklumat tambahan, PBT lain turut mengeluarkan notis daripada tahun 2020-2022 seperti yang berikut: