Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

248) KEBENARAN MERANCANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan untuk Kebenaran Merancang bagi projek-projek pembangunan?

    Permohonan kebenaran merancang adalah keperluan di bawah Subseksyen 21

    • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172. Kaedah layanan terhadap permohonan perlu mematuhi Subseksyen 22 Akta yang sama.

     

    • Penyediaan pelan susunatur cadangan pemajuan perlu mematuhi keperluan Manual Garis panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua) dan mana – mana undang – undang yang diterimapakai oleh PBT.

     

    • Cadangan pemajuan perlu dikemukakan ke PBT melalui Unit Pusat Setempat (OSC) dan akan dirujuk ke agensi teknikal bagi ulasan teknikal. Bagi kelulusan, permohonan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC yang bersidang 2 kali sebulan mengikut keperluan PBT masing- masing.
  2. Senaraikan permohonan Kebenaran Merancang yang diterima dan diluluskan dari tahun 2013 hingga 2014 mengikut PBT?

     

    1. Berikut adalah senarai permohonan Kebenaran Merancang yang diterima dan diluluskan dari tahun 2013 hingga 2014 mengikut PBT :

     

          Permohonan KM Yang Permohonan KM
      PBT   Diterima   Yang Diluluskan
                 
          2013   2014 2013 2014
                   
      MBSA 2,011   1,232 1,870 973
                 
      MBPJ 178   176 122 81
                 
      MPK 309   216 270 184
                 
      MPAJ 139   77 113 31
           
                 
      MPSJ 605   380 533 280
                   

     

    MPS 192 148 151 104
    MPKJ 187 120 136 36
    MPSP 590 487 590 423
    MDKL 110 111 95 100
    MDHS 87 72 73 62
    MDKS 73 65 67 46
    MDSB 33 51 16 28
    Jumlah Keseluruhan 3352 2311 3094 1847

     

Lampiran

Tiada Lampiran.