Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

178) KEBENARAN MERANCANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah projek pembinaan di Selangor tanpa kebenaran merancang pada 2017.

    Berikut adalah jumlah projek pembinaan yang telah dikenalpasti menjalankan pembangunan tanpa kebenaran merancang (KM) di PBT masing-masing bagi sepanjang tahun 2017:

    PBT JUMLAH PROJEK TANPA KM
    MBSA 38
    MBPJ
    MPK 184
    MPAJ 55
    MPSJ 13
    MPS 57
    MPKj
    MPSp 18
    MDKL
    MDHS 12
    MDKS
    MDSB
    JUMLAH 377

    Nota : Sumber data daripada PBT

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas projek pembinaan tanpa kebenaran merancang?

    Bagi projek pembinaan yang dibuat tanpa kebenaran merancang, sepertimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 19 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) – Larangan terhadap pemajuan tanpa kebenaran merancang (KM) dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 yang mana jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Selain itu, tindakan perobohan dan menahan harta alih juga boleh dilakukan melalui Seksyen 31, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) – Pelaksanaan oleh orang yang diberi

Lampiran

Tiada Lampiran.