Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
125) KEBENARAN MENGELUARKAN HASIL BATUAN/PASIR DI TANAH PERSENDIRIAN/KERAJAAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah milikan dan keluasan tanah yang diberikan permit kelulusan operasi?
Jumlah milikan dan keluasan tanah yang diberikan permit kelulusan operasi bahan batuan pasir :
-
Apakah bentuk kawalan oleh Kerajaan Negeri?
Manakala bagi bentuk kawalan Kerajaan Negeri untuk permit kelulusan operasi adalah seperti berikut :
i. Pelaksanaan Sistem Smart Docket Negeri Selangor bagi memantau dan mengawal aktiviti pengeluaran bahan batuan secara “real time” dan lebih bersistematik;
ii. Pelaksanaan pemantauan oleh pihak penguatkuasaan PTD dan PTG Selangor secara berkala;
iii. Pelaksanaan pemantauaan oleh pihak agensi teknikal berkaitan setiap kelulusan yang telah diberikan.
iv. Pemegang permit diwajibkan untuk menyediakan dan mengendalikan kemudahan jambatan timbang (weight bridge) dan syarat kelulusan ‘weight bridge’ hendaklah disahkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
v. Pemegang permit perlu menyediakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan tempat timbangan bagi tujuan pemantauan pengeluaran lori yang melalui ‘weight bridge’ dan keperluan ini akan diletakkan dalam syarat-syarat kelulusan sebelum permit dikeluarkan;
vi. Penetapan deposit infrastruktur sebanyak RM 5,000.00 setiap ekar bertujuan untuk memastikan keperluan agensi-agensi teknikal sekiranya terdapat isi-isu yang melibatkan infrastruktur seperti kerosakan jalan-jalan JKR/PBT/PLB, tebing sungai runtuh dan sebagainya yang difikirkan perlu oleh agensi berkenan;
vii. Penetapan deposit pemulihan sebanyak RM 0.70 per meter padu (m³) bagi setiap jumlah pengeluaran bahan batuan pasir bertujuan untuk pemulihan semula tanah sama ada Tanah Kerajaan atau tanah hak milik setelah tempoh pengkuarian selesai dan pemegang permit hendaklah melakukan pemulihan semula ke atas tanah tersebut sehingga Pentadbir Tanah berpuas hati ke atas pemulihan yang telah dilakukan dan deposit ini akan dipulangkan semula kepada pemohon selaras dengan Seksyen 74 (b) Kanun Tanah Negara (Akta 823).