Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

413) KEBANJIRAN WARGA ASING DI KUALA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri atau agensi berkaitan mempunyai data terkini mengenai bilangan pekerja asing yang berkerja di Kuala Selangor?

    MPKS- Tiada data mengenai bilangan pekerja asing yang berkerja di Kuala Selangor.

  2. Adakah terdapat sebarang proses pemantauan berkala bagi memastikan warga asing ini berkerja secara sah dan tidak mengambil kesempatan atas permit kerja mereka?

    Pihak MPKS telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran dan melanggar undang-undang PBT.

    Manakala bagi kesalahan warga asing yang berniaga secara tidak sah atau tanpa permit ianya adalah di bawah kuasa Jabatan Imigresen.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.