Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

111) KEBAKARAN MASJID

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebuah masjid Di Kg. Limau Manis, Sepang terbakar. Adakah kebakaran berlaku disebabkan khianat?

    Kebakaran berlaku disebabkan oleh orang yang kurang siuman membakar masjid
    tersebut kerana bekas isterinya hendak bernikah semula dengan orang lain di masjid
    itu. Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

  2. Berapakah jumlah kerosakan dianggarkan?

    JAIS telah dimaklumkan oleh pihak JKR bahawa anggaran kerosakan akibat tragedi
    kebakaran tersebut adalah berjumlah RM 370,000.00. Kelulusan segera telah diberi
    kepada JKR agar kerja baik pulih dapat dilaksanakan segera.

  3. Apakah tindakan diambil jika dapat dipastikan dilakukan oleh pengkhianat?

    Tindakan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis setelah satu laporan dibuat di
    Balai Polis Dengkil, Sepang, Selangor pada 9/6/2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.