Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
244) KEBAKARAN HUTAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah catatan kebakaran hutan yang berlaku pada tahun 2014 hingga Jun 2015 mengikut susunan daerah?
Jumlah keseluruhan Hutan Simpanan Kekal yang terbakar bagi tahun 2014 dan 2015 adalah seluas 2,027.6 ha. Berikut adalah senarai kawasan HSK yang terbakar mengikut agihan Daerah Sivil dari tahun 2014 hingga Jun 2015. Kebanyakannya kawasan yang sering terbakar adalah melibatkan kawasan yang sama dan berulang-ulang.
- Tahun 2014
Bil. Hutan Simpan Keluasan (ha) Daerah Hutan Daerah Sivil 1. HS Raja Musa 1,300.0 Hulu Selangor Hulu Selangor 2. HS Bukit Belata (T) 210.0 Hulu Selangor Kuala Selangor 3. HS Kuala Langat (U) 132.0 Pantai Kelang Kuala Langat 4. HS Kuala Langat (S) 152.0 Pantai Kelang Kuala Langat 5. HS Sungai Karang 12.0 Pantai Kelang Sabak Bernam 6. HS Hulu Langat 5.0 Selangor Tengah Hulu Langat 7. HS Sg. Lalang 1.6 Selangor Tengah Hulu Langat Jumlah 1,812.6 - Tahun 2015
Bil. Hutan Simpan Keluasan (ha) Daerah Hutan Daerah Sivil 1. HS Raja Musa 200.0 Hulu Selangor Kuala Selangor 2. HS Kuala Langat (S) 15.0 Hulu Selangor Kuala Langat Jumlah 215.0 Nota:
T – Tambahan
U – Utara
S – Selatan
-
Apakah cara penyelesaian jangka pendek dan panjang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk meleraikan isu jerebu hasil pembakaran hutan?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan beberapa agensi yang lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) dan NGO telah mengambil beberapa tindakan perancangan bagi mencegah kebakaran hutan di antaranya seperti berikut:
- Pada tahun 2014, sejumlah 15 ‘Check Dam’ telah dibina di HS Kuala Langat (U) oleh JPS dan tujuh (7) ‘Check Dam’ di HS Raja Musa oleh JPNS. Manakala pada tahun 2015, sejumlah 25 ‘Check Dam’ dan ‘Canal Blocking’ telah dibina di HS Raja Musa oleh JPNS dengan kerjasama Global Environmental Centre (GEC) dan Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara.
- Pembinaan lapan (8) ‘Tube well’ di HS Kuala Langat (U) dan HS Kuala Langat Selatan oleh JMG.
- Pembinaan tiga (3) buah kolam takungan yang mana terletak sebuah (1) di HS Kuala Langat (Utara) dan dua (2) buah di HS Kuala Langat (Selatan)
- Membina ‘Fire break’ sepanjang 37.5 km di mana 5.0 km di HS Raja Musa, 8.0 km di HS Kuala Langat (U), 22.0 km di HS Kuala Langat (Utara) dan 2.5 km di di HS Sg Karang dari tahun 2013 hingga 2015.
- Membina saluran paip air ‘High Density Polyethylene’ (HDPE) di HS Raja Musa sepanjang 2.1 km pada 2014 manakala bagi tahun 2015 iaitu sepanjang lebih kurang 1.4km sedang dalam proses sebutharga.
- Memasang sebanyak 15 papan tanda ‘Fire Danger Rating System’ (FDRS) di kawasan berhampiran dengan Hutan Simpanan Kekal yang kerap berlaku kebakaran dan yang berisiko tinggi dan terdedah kepada kebakaran.
- Meningkatkan pemantauan dan rondaan secara lebih kerap dan konsisten termasuk pada hari-hari kelepasan dan cuti am serta di luar waktu pejabat di antara 3-5 kali/minggu.
- Pemantauan melalui udara telah dijalankan sebanyak 2 kali sehingga Julai 2015.
Bagi program jangka panjang, JPNS juga ada mengadakan beberapa siri program Kempen Kesedaran Awam khususnya kepada para penduduk berhampiran dengan kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah telah mengambil inisitif dengan menubuhkan dua (2) Jawatankuasa Penyelaras Kebakaran Hutan iaitu Jawatankuasa Bencana Peringkat Negeri dan Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah.
Dengan adanya mekanisma yang berkesan ini maka ianya memudahkan pihak Jabatan mendapatkan bantuan teknikal serta peralatan untuk memadam kebakar hutan sebelum ianya menjadi berskala besar. Sebagai contoh pada tahun 2015, pihak Jabatan melalui Unit Bencana Negeri telah berjaya mendapatkan perkhidmatan pesawat Bombadier daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk melakukan operasi ’Water Bombing’ dikawasan yang terlibat dengan kebakaran hutan. Kaedah ini amat berkesan untuk mengawal kebakaran daripada merebak dengan cepat.