Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

142) KEBAJIKAN WARGA MISKIN DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri memiliki mekanisme bagi memastikan skim-skim IPR dan Smart Selangor hanya untuk rakyat Selangor yang betul-betul layak sahaja?

    Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan yang peduli rakyat sentiasa memastikan bahawa program-program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) diberikan kepada rakyat Selangor yang layak serta memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Tahun demi tahun, peratusan penerima bantuan semakin meningkat selaras dengan perkembangan setiap program yang diperkenalkan bagi membantu golongan yang kurang mampu di Negeri Selangor.

    Kini, dengan pelarasan dari pihak persekutuan, Kerajaan Negeri dalam pertimbangan untuk menggunakan data dari Sistem e-Kasih untuk menyaring nama penerima manfaat program IPR agar penerimaan bantuan melalui program ini lebih adil dan saksama serta mengelakkan pertindihan penerima.

    Secara tidak langsung, penggunaan sistem e-Kasih ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup rakyat agar dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera serta menikmati hasil kekayaan negeri secara adil dan saksama.

Lampiran

Tiada Lampiran.