Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

27) KEBAJIKAN WARGA EMAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan tindakan Kerajaan untuk golongan warga emas yang semakin bertambah?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) melalui program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang telah ditambah baik dari pemberian khairat kematian kepada pemberian manfaat sebanyak RM100.00 setahun dalam bentuk baucer Jom Shopping kepada semua warga emas yang telah berdaftar dengan SMUE.

    Jika sebelum ini pemberian manfaat khairat diserahkan kepada 6% waris warga emas yang mendaftar. Namun setelah penambahbaikkan dilaksanakan, pemberian manfaat SMUE semasa hidup kini mensasarkan jumlah yang jauh lebih besar. Sehingga kini terdapat seramai 195,526 orang warga emas telah berdaftar. Jumlah ini dijangka akan meningkat selaras dengan pertambahan bilangan warga emas di Negeri Selangor.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedar bahawa bakal berhadapan dengan populasi warga emas yang melebar dengan pesat. Sehubungan itu, bagi memastikan tahap kehidupan warga emas lebih terjamin, pemaju bagi setiap projek pembangunan baru di setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan ruang sekitar 1,200 kaki persegi yang akan dibangunkan sebagai Pusat Komuniti Warga Emas di Negeri Selangor.

  2. Berapakah jumlah pusat kegiatan warga emas yg dibina oleh Kerajaan dan bukan kerajaan kepada sistem perkhidmatan PBT di Selangor?

    Pada tahun 2005 – 2016 terdapat 3 buah PAWE di Negeri Selangor iaitu PAWE Jenjarom, PAWE Sabak Bernam dan PAWE Sungai Buloh. Pada tahun 2017, PAWE Kg Kenanga Gombak telah ditubuhkan manakala pada tahun 2018, sebanyak 4 buah PAWE telah diluluskan iaitu PAWE Pelangi Impian Sepang, PAWE Sungai Kantan Kajang, PAWE FELDA Bukit Cherakah Kuala Selangor dan PAWE Kg. Sri Langkas Puchong.

    Sehingga Jun 2019, terdapat lapan (8) buah PAWE yang beroperasi dan telah diluluskan Bantuan Kewangan Pengoperasian Pusat Aktiviti. Selain daripada itu, turut disenaraikan terdapat lapan (8) buah PAWE dalam proses penubuhan seperti berikut:

     

    Bil Parlimen DUN PAWE Alamat NGO
    1. Gombak

     

     

     

    Gombak Setia PAWE Gombak Bilik Operasi Kompleks Sukan IIUM, Jalan Gombak,53100,

    Selangor

     

    Persatuan Pesara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    2. Kota Raja Sungai Kandis PAWE Kota Raja Batu 3, Jalan Kota Raja
    Kg. Telok Menegon, Seksyen 36, 40640 Shah Alam, Selangor

     

    Jawatankuasa PAWE
    3. Subang Subang Jaya PAWE Subang Jaya 40, Jalan USJ6/6K, 47610Subang Jaya, Selangor

     

    Kelab Warga Emas Subang Jaya

     

     

    Bil Parlimen DUN PAWE Alamat NGO
    4. Petaling Jaya Taman Medan PAWE Petaling Jaya Dewan MBPJ PJS 10/34,

    Taman Dato’Hormat,

    Jalan PJS 10/34,

    46150 Petaling Jaya

    Pertubuhan Pembangunan Harapan Selangor (HOPE)
    5. Damansara Bandar Utama PAWE Damansara Jaya No. 70A, Jalan SS 22/21,

    Damansara Jaya,

    47400 Peraling Jaya

     

    Jawatankuasa PAWE

    Damansara Jaya

    6. Bangi Sungai Ramal PAWE @UNI UKM Aras 5,

    Kolej Keris Mas

    Universiti Kebangsan Malaysia (UKM)

    43600 Bangi

     

    Persatuan Pesara UKM
    7. Hulu Langat Semenyih PAWE Beranang Klinik Kesihatan Beranang,

    Jalan Semenyih,

    43500 Beranang

     

    Kelab Kebajikan Warga Emas KK Beranang
    8. Pandan Teratai PAWE Pandan Dewan Komuniti Taman Muda,

    No. 22 – 58

    Jalan Bunga Tanjung 14,

    Taman muda,

    56100 Kuala Lumpur

     

    Jawatankuasa PAWE Pandan

     

    Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, objektif penubuhan PAWE ini adalah seperti berikut :-

     

    1. Mempelbagai dan memperluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas;

     

    1. Meningkatkan kualtiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif;

     

    • Memberi ruang kepada warga emas agar dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka;

     

    1. Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam pembangunan warga emas dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTEWEN); dan

     

    1. Menyatupadukan pelbagai etnik dan agama dalam sesebuah komuniti.

Lampiran

Tiada Lampiran.