Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

99) KEBAJIKAN WANITA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberikan ujian Pap Smear percuma bagi golongan wanita di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk memberikan ujian Pap Smear secara percuma bagi golongan wanita di Negeri Selangor.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menyambut baik cadangan memberikan ujian Pap Smear percuma tersebut sekiranya terdapat keperluan dan sebagai salah satu penambahbaikan ke atas program Skim Kesihatan Wanita sedia ada melalui Mammogram Selangor (MammoSel) iaitu saringan pemeriksaan awal bagi mencegah kanser payu dara untuk manfaat dan kesejahteraan golongan wanita di Selangor.

  2. Apakah matlamat dan objektif utama Penubuhan PEKAWANIS dan apakah perbezaan skop PEKAWANIS berbanding PWB?

    Sebagai makluman Yang Berhormat, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) adalah sebuah pertubuhan yang dinaungi oleh YAM

    Tengku Puteri Hjh Arafiah bt Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj   Yang, Di Pertua Pekawanis ialah isteri kepada YAB Menteri Besar Selangor dan dianggotai bersama para isteri wakil rakyat, ADUN dan Ahli Parlimen wanita serta ahli-ahli kehormat yang dijemput menganggotainya. PEKAWANIS ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk membantu rakyat Selangor meningkatkan kualiti kehidupan.      Misi PEKAWANIS adalah meningkatkan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor melalui ilmu pengetahuan dengan mengutamakan aspek kebajikan, manakala visi mereka adalah menjadi pertubuhan yang peka dengan kesejahteraan rakyat.

    (sumber dari internet) https://www.vectorise.net/forums/downloads.php?s=a8da6d69b7bea19becdae58d 70688f4b&do=file&id=545)

     

    Manakala Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Komuniti Wanita (PKW) telah diwujudkan sejak tahun 2009 di lapan (8) DUN di Negeri Selangor sebagai medan bagi memberdaya dan menggalakkan wanita di sesebuah komuniti untuk bergiat aktif selain melaksanakan aktiviti yang boleh menjana pendapatan kepada komuniti tersebut.

    Penubuhan PWB di 56 DUN di Negeri Selangor ini merupakan salah satu mekanisme dalam memenuhi pelaksanaan program pengembangan kapasiti dan aktiviti kemahiran yang meliputi 10 bidang focus seperti berikut :-

    Ekonomi;

    ii.Perundangan

    ; iiiKepimpinan dan pendemokrasia;

    iv.Urus Tadbir Baik;

    Pembangunan Keluarga;

    vi.Kesihatan Keluarga;

    vii.Keselamatan Keluarga;

    viii.Keusahawanan;

    ix.Latihan Gender; dan

    Alam Sekitar dan Pengunaan.

  3. Senaraikan jenis-jenis program atau skim yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan ekonomi golongan wanita atau ibu tunggal di Selangor, serta jumlah peruntukkan yang disediakan untuk tujuan tersebut.

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan pelbagai program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan program-program di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk dimanfaatkan oleh semua golongan wanita termasuklah kepada golongan ibu tunggal tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.

    Senarai jenis-jenis program atau skim yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Neger bagi membantu ekonomi golongan wanita atau ibu tunggal di Selangor adalah seperti berikut :

    BIL PERKARA CATATAN
    1. Program Pemberdayaan

    Wanita

    Berbentuk kursus-kursus kemahiran, latihan dan bimbingan, program

    keusahawanan sosial, pembinaan jati diri

    2. Skim Kesihatan Wanita

    (Mammosel)

    Pemeriksaan Saringan Mammogram Percuma kepada Wanita Selangor yang berumur 35 tahun ke atas.
    3. Program Kasih Ibu Smart

    Selangor (KISS)

    Bantuan bulanan kepada ibu yang berkeluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 21 tahun ke bawah akan menerima sebanyak RM200 sebulan untuk membeli keperluan yang dibenarkan.
    4. Tabung Warisan Anak

    Selangor (TAWAS)

    Tabung simpanan untuk anak–anak kelahiran Selangor sebanyak RM1,500 apabila mencapai umur 18 tahun.
    5. Skim Bantuan  Asuhan

    Anakku Pintar (Asuh Pintar)

    Bantuan yuran taska atau nurseri sebanyak RM100 setiap bulan.
    BIL PERKARA CATATAN
    6. Bantuan Tadika Negeri

    Selangor (TUNAS)

    Bantuan yuran tadika sebanyak RM50 setiap bulan.
    7. Hadiah Anak Masuk Universiti Hadiah sebanyak RM1,000 untuk anakanak melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS yang diiktraf Kerajaan bagi pengajian diploma atau ijazah sarjana muda
    8. Skim Mikrokredit Hijrah Modal         bantuan      berniaga       sehingga

    RM50,000

    9. Bantuan Kesihatan Sihat

    Selangor

    Bantuan kos rawatan bagi pesakit buah pinggang sehingga RM5,000.00, bantuan kaki palsu, pembedahan katarak serta rawatan – rawatan lain atau pembelian alat sokongan.

    Kesemua program yang ditawarkan ini meliputi pelbagai aspek bukan sahaja bagi mengurangkan beban kewangan tetapi juga sebagai salah satu jaringan sistem sokongan kepada para ibu tunggal.

Lampiran

Tiada Lampiran.