Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

162) KEBAJIKAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini

    Statistik pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini adalah seperti berikut:

    Tahun Permohonan Berjaya Gagal
    Tahun 2013 76 69 7
    Tahun 2014 131 118 13
    Januari hingga Ogos 2015 44 43 1
    JUMLAH 251 230 21

    Alasan permohonan bantuan ditolak adalah seperti berikut:

    1. Bukan warganegara.
    2. Pendapatan isi rumah melebihi had kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan.
    3. Masih sihat dan berupaya untuk bekerja dan berdikari untuk menyara kehidupan sendiri.
    4. Mempunyai harta yang mengeluarkan hasil/sumber kewangan sampingan seperti rumah sewa, pencen, bantuan PERKESO, bantuan baitulmal dan zakat.

     

  2. Sila kemukakan senarai lengkap ibu tunggal yang dapat bantuan JKM sejak tahun 2013 hingga masa kini.

    Statistik ibu tunggal yang menerima bantuan JKM sejak tahun 2013 adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah ibu tunggal yang menerima bantuan JKM
    Tahun 2013 12,150
    Tahun 2014 12,220
    Januari hingga Ogos 2015 14,237

     

    Statistik ibu tunggal yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan mengikut daerah  bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:

    Bil Daerah Bantuan Kanak-Kanak Bantuan Orang Tua Bantuan Am Jumlah
    1. Klang 1,119 955 412 2,486
    2. Gombak 395 514 279 1,188
    3. Petaling Jaya 514 606 345 1,465
    4. Hulu Langat 513 694 179 1,386
    5. Kuala Langat 363 697 522 1,582
    6. Hulu Selangor 858 1,021 429 2,308
    7. Sepang 286 173 371 830
    8. Kuala Selangor 117 143 111 371
    9. Sabak Bernam 390 674 222 1,286
    10. Subang Jaya 187 277 124 588
    11. Shah Alam 330 310 107 747
      Jumlah 5,072 6,064 3,101 14,237

Lampiran

Tiada Lampiran.