Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

56) KEBAJIKAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai skim-skim kebajikan yang ditawarkan kepada rakyat Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat sentiasa berusaha mencari alternatif bagi memastikan keperluan dan kebajikan setiap peringkat umur rakyat di Negeri Selangor terbela. Inisiatif Peduli Rakyat adalah kesinambungan polisi dan program yang mengutamakan kepedulian kepada rakyat secara terus menghadapi tekanan hidup hasil peningkatan kos akibat GST, harga petrol serta barangan keperluan harian.

     

    Selain itu juga pelbagai program dan skim telah disediakan melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam usaha untuk memberikan kebajikan yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Selangor seperti berikut :-

     

    BIL. SKIM IPR MANFAAT
    1. Smart Selangor Food Stamp 1.    Meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan miskin yang mempunyai anak dan tanggungan ramai agar mereka berkecukupan dan tidak kelaparan.

    2.    Bantuan berupa makanan asas iaitu beras (10 kg), minyak masak (2kg), gula (1kg), tepung (1kg), bihun 400g (2 peket) dan susu pekat (2 tin) kepada keluarga termiskin berkelayakan.

    2. Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang Sumbangan sebanyak RM300.00 seorang untuk tempoh setahun bagi menampung tambang bas kepada setiap anak pekerja ladang yang bersekolah di dalam Negeri Selangor. Secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa dan penjaga.
    3. Bas Smart Selangor Perkhidmatan bas secara percuma kepada rakyat Negeri Selangor terutamanya bagi golongan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah, pelajar universiti dan kolej serta murid sekolah menengah dan rendah.
    4. Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu Pertama Mengurangkan kos perbelanjaan bulanan keluarga ke atas bil air sebanyak RM11.40 sebulan.
    5. Program Mentor Kraf Program latihan dan pementoran kepada pengusaha kraf tangan baru dan sedia ada.
    6. Skim Peduli Sihat Skim Peduli Sihat menawarkan pembiayaan rawatan kesihatan asas di hampir 1,000 klinik swasta di Negeri Selangor. Skim ini akan membiayai RM500.00 setiap satu keluarga dan RM200.00 bagi individu dengan had kegunaan RM50.00 bagi setiap kali rawatan.
    7. Panel Dialisis Sihat Selangor Membantu meringankan beban yang di tanggung oleh golongan berpendapatan rendah untuk membiayai kos rawatan dialisis yang tinggi di pusat rawatan yang berdaftar.
    8. Bantuan Sihat Selangor Diberikan kepada individu yang berpendapatan rendah bagi membiayai rawatan kesihatan atau menjalani pembedahan di Hospital Kerajaan sekaligus dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan seharian.
    Hadiah Pengajian IPT Hadiah RM1,000.00 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM3,000.00 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam / swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.
    9. Program Khas Peduli Siswa Membolehkan para pelajar untuk memperoleh pinjaman pelajaran agar tidak membebankan proses pembelajaran di peringkat IPTA.
    10. Program Khas Biasiswa Selangor Membolehkan para pelajar untuk memperoleh biasiswa khas agar tidak membebankan proses pembelajaran di peringkat IPT.
    11. Biasiswa Khas Sagong Tasi Meningkatkan taraf pendidikan masyarakat khusus untuk golongan pelajar Orang Asal di Negeri Selangor.
    12. Program Khas Selangor Brain Bank Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017.
    13. Program Tuisyen Rakyat Selangor Program yang membantu rakyat yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah untuk pendidikan yang terbaik untuk anak mereka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PT3 dan UPSR.
    14. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Program berbentuk agihan dana kepada sekolah-sekolah untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah.
    15. Bantuan Sara Diri Anak Selangor Mengurangkan bebanan pelajar baharu yang memulakan sesi pembelajaran di UNISEL, KUIS dan INPENS bagi menanggung kos kehidupan mereka.
    16. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Hadiah tabungan bernilai RM1,500.00 daripada Kerajaan Negeri apabila anak anda mencapai usia 18 tahun. Ahli yang meninggal selepas 1hb Mac 2014 waris akan menerima khairat kematian sebanyak RM1,500.00.
    17. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) Bantuan RM100.00 setiap bulan diberikan kepada ibubapa yang menghantar anak ke taska/nurseri untuk yang berumur 4 tahun ke bawah bagi mengurangkan beban perbelanjaan keluarga.
    18. Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Manfaat khairat kematian bernilai RM2,500.00 untuk warga emas / OKU yang layak.
    19. Skim Kesihatan Wanita (SKW) Menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun ke atas yang layak.
    20. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) Bantuan RM50.00 setiap bulan diberikan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke tadika untuk yang berumur 5 dan 6 tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan keluarga.
    21. Insentif Perkahwinan Belia Insentif Perkahwinan Belia adalah hadiah RM500.00 melalui Sijil Simpanan Premium BSN kepada individu yang layak dan baru mendirikan rumahtangga.
    22. Hijrah Selangor Skim pinjaman mikrokredit kepada usahawan yang berwawasan dan proaktif dengan pinjaman tanpa caj dan penjamin bernilai bermula dari RM1,000.00 sehingga RM50,000.00 (mengikut kelayakan) dengan tempoh bayar balik pinjaman adalah minima 6 bulan dan maksima 3 tahun.
    23. Wifi Smart Selangor Perkhidmatan WiFi Percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk kegunaan awam di 3,000 hotspot di seluruh Negeri Selangor.  Bertujuan untuk merapatkan jurang digital di Negeri Selangor dan memberi kuasa kepada rakyat Selangor untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.
    24. Skim Rumah Selangorku Memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih belum memiliki sebarang jenis rumah kediaman di Negeri Selangor untuk memiliki  Rumah Selangorku yang ditawarkan pada harga berpatutan bermula dari RM42,000.00 seunit sehingga RM 250,000.00 seunit.
    25. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa) Membolehkan para pelajar untuk memperoleh pinjaman pelajaran agar tidak membebankan proses pembelajaran di peringkat IPT.
    26. Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) 1.    Memberi bantuan sementara untuk memenuhi keperluan asas kehidupan bagi meringankan beban atau permasalahan yang dihadapi.

    2.    Meneruskan kelangsungan hidup dan meningkatkan kesejahteraan golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan.

    27. Saringan Sihat Selangor (3S) Memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat menjalani pemeriksaan Ujian Profil Lipid, Ujian Fungsi Hati, Ujian Glukosa, Ujian Fungsi Ginjal dan Ujian Kanser Prostat (PSA).
    28. Latihan Usahawan IT (SITEC) SITEC mendukung tugas menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri Selangor untuk menceburi perniagaan e-dagang, dan meluaskan perniagaan mereka dalam dunia tanpa sempadan melalui ‘Project Online 100 Selangor’. Melalui program ini, pengusaha akan diberikan kedai atas talian melalui 4 ruang dagangan terbesar di Malaysia iaitu Lazada, Youbeli, 11street dan Logon.my. Bagi mengukuhkan pemasaran, setiap perusahaan akan menerima applikasi mobile agar dapat membolehkan pembelian dapat dilakukan melalui telefon mudah alih.
    29. Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) Membantu golongan miskin yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan tempat berteduh / kediaman yang lebih sempurna dan selesa
    30. Skim Smart Sewa Memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tidak berkemampuan untuk membuat pembelian Rumah Selangorku untuk ditawarkan Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan. Pulangan 30% boleh dijadikan sebagai deposit pembelian rumah dan membantu mereka dapat membeli kediaman sendiri di Negeri Selangor.
    31. Skim Ceria (Mengecat Rumah, baiki lif) 1.    Baikpulih kerosakan harta bersama pangsapuri

    2.    Membantu pangsapuri melaksana migrasi daripada meter pukal kepada meter individu

    3.    Membantu miskin bandar

    4.    Mendidik penduduk pangsapuri berhubung kepentingan membayar caj penyenggaraan melalui konsep perkongsian kos.

    32. Pengecualian Cukai Pintu dan

    Pengecualian Fi Lesen Penjaja

    Pengecualian Cukai Taksiran kepada pemilik rumah kos rendah, rumah kampung di semua PBT Negeri Selangor. Manakala, pengecualian Fi Lesen Penjaja kepada penjaja bagi semua kategori aktiviti penjajaan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.
    33. Programme On Graduate Employability Enhancement For Smart Selangor (PROGRESS) Program ini akan menambahbaik serta mempertingkatkan kebolehpasaran graduan serta menyediakan peluang latihan kerja dengan syarikat-syarikat terpilih.
    34. Program Pemberian Bantuan Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan Membantu meringankan bebanan keluarga berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan sebagai persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.
    35. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan atau peningkatan pendapatan kumpulan sasar menerusi pemberian bantuan peralatan / mesin berdasarkan perniagaan / perusahaan yang sedang dijalankan.
    36. Program Kemahiran Teknikal – INPENS International College i.      Memberi peluang kepada golongan generasi muda daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di INPENS International College; dan

    ii.    Membantu meringankan beban kos sara hidup keluarga berpendapatan rendah melalui penajaan pendidikan kepada pelajar INPENS International College.

    37. Dana Usahawan Mikro Selangor Membantu usahawan-usahawan industri mikro khususnya di negeri selangor bagi meningkatkan pendapatan. Skop bantuan seperti berikut:-

    i.     Pembelian mesin/ peralatan/ perkakasan;

    ii.   Meningkatkan kualiti premis perusahaan / perniagaan (mengubahsuaian/ menaiktaraf);

    iii.  Pembiayaan sebahagian kos penyertaan usahawan ke ekspo jualan dan promosi di dalam dan luar negara;

    iv.  Pembiayaan sebahagian kos untuk pembangunan produk dan persijilan seperti ujian nutrisi, pendaftaran cap dagang, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek, persijilan gmp, halal, haccp, iso dan lain-lain dalam mematuhi standard nasional, antarabangsa dan menembusi pasaran global;

    v.   Dan lain-lain keperluan yang mempunyai nilai tambah dan mampu melonjakkan pembangunan usahawan mikro di Negeri Selangor.

    38. Nusantara Audiobook Sangat bermanfaat kepada para pelajar serta golongan dewasa. Sebagai alat Pembelajaran yang lebih baik untuk pembaca yang mempunyai kesukaran untuk membaca terutama bagi golongan cacat penglihatan serta golongan yang tiada masa bagi memegang buku untuk membaca.
    39. Perpustakaan Bergerak Smart Selangor Memberi perkhidmatan perpustakaan dengan kaedah “outreach” kepada kawasan perumahan, pangsapuri kos rendah dan kampung, serta menjadi tempat alternatif kepada pengunjung untuk melepak, khususnya para remaja, dan mendapatkan bahan bacaan dan kemudahan internet secara percuma.
    40. Tuisyen Online Program tusyen percuma di atas talian yang ditawarkan kepada calon SPM.
    41. Skim DANASEL Membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak layak/ gagal mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank/institusi kewangan untuk ditawarkan di bawah skim DANA SEL bagi tujuan sewa dan milik (pembelian) untuk rumah kos rendah atau Jenis A.
  2. Sejauh manakah skim-skim berkenaan dapat menolong rakyat Selangor?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.