Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
259) KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat berkaitan isu kebajikan dan bantuan sara hidup di kawasan pembangkang?
Kerajaan Negeri Selangor tuntas membantu menjaga kebajikan rakyat tidak mengira sama ada yang tinggal di DUN Pembangkang ataupun DUN Kerajaan. Semua rakyat wajib dibantu dan dilindungi kepentingan mereka. Bagi melaksanakan program-program Kerajaan Negeri di DUN Pembangkang, Penyelaras DUN telah dilantik untuk memastikan dasar dan program Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan baik dan manfaatnya dirasai oleh rakyat. Ini adalah amalan lumrah yang telah dilaksanakan semenjak pentadbiran dahulu lagi serta turut diamalkan di peringkat Persekutuan.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberi ruang kepada ADN Pembangkang untuk memudahkan atau melaksanakan program-program yang di tawarkan oleh kerajaan kepada masyarakat setempat?
Peranan melaksanakan program program yang ditawarkan oleh kerajaan dimainkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Penyelaras DUN yang telah dilantik dan diberi mandat oleh pentadbiran. Pelantikan Penyelaras DUN adalah menerusi sistem dan mekanisme yang telus di mana calon-calon tersebut diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dalam perkara yang sama, Kerajaan Negeri tidak menghalang AND Pembangkang untuk turut memudahkan pelaksanaan program program yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.