Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

167) KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua bantuan yang diberi kepada keluargo B40 di negeri Selangor dan jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri.

    Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Lanjan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Agensi-Agensi Negeri Selangor prihatin dalam memastikan kesejahteraan rakyat Selangor, terutamanya golongan B40. Pada tahun 2021, sebanyak 14 program dan inisiatif yang telah disediakan kepada golongan B40 ini dengan jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan sebanyak RM123,969,879.70. Berikut merupakan bilangan program berdasarkan Jabatan dan Agensi:

  2. Apakah jumlah bantuan yang boleh diterima oleh satu keluarga B40? (sila nyatakan jumlah minima ke maksima)

    Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Lanjan, Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang ketetapan bagi had bilangan insiatif dan bantuan yang diterima kepada rakyat Selangor yang berkelayakan dan wajar dalam menikmati kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.