Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
43) KEBAJIKAN PENUNTUT ANAK SELANGOR DI LUAR NEGARA DALAM ERA COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri terbabit menangani permasalah pelajar IPT anak Selangor samada di dalam atau luar negara yang terjejas disebabkan penularan wabak Covid-19?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dalam menangani permasalah Pelajar IPT anak Selangor di dalam dan luar negara. Bagi di dalam negara melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin COVID – 19. Manakala di luar negara ianya bergantung kepada situasi semasa negara tersebut.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil jika benar Kerajaan Negeri ada terbabit?
Langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan adalah seperti berikut :
- Bantuan Sara Diri One-Off RM200.00 kepada mahasiswa/i Anak Selangor yang masih aktif menuntut di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah dan Sarawak.
- Program Makanan Percuma pula diberikan kepada mahasiswa/I institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri yang terpaksa kekal di kampus masing-masing di Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.
- Manakala bagi pelajar di Mesir, kerajaan negeri melalui Pejabat Atase Pendidikan telah menyediakan keperluan makan asas dan pealatan kesihatan seperti pembasmi kuman dan pelitup muka.
-
Berapakah kos yang dibelanjakan bagi urusan tersebut?
Kos perbelanjaan yang telah diperuntukan bagi Bantuan Sara Diri One-Off RM200.00 kepada mahasiswa/i Anak Selangor di Sabah Sarawak ialah sebanyak RM161,400.00 (807 orang mahasiswa/i).
Selain itu, Program Makanan Percuma Mahasiswa di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebanyak RM111,120.00 telah dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada mahasiswa/i yang terpaksa kekal di kampus masing-masing.
Manakala bagi Program memudahcara Urus Diri Mahasiswa di Timur Tengah sebanyak RM49,980.00 daripada peruntukan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor, RM20,000.00 daripada Tabung Amanah Pembangunan Islam, RM180,000.00 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).