Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

12) KEBAJIKAN PENJAJA OKU

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaanm bersedia untuk memberikan diskaun sewaan gerai milik PBT kepada penjaja-penjaja yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang diskaun sewaan gerai milik PBT kepada penjaja golongan OKU. Walau bagaimanapun pada tahun 2021 Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan pengecualian sewa bulanan premis milik PBT bagi bulan Jun dan Julai 2021 terhad kepada premis yang tidak beroperasi sahaja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Kerajaan Negeri akan mengkaji semula keperluan atau insentif bagi peniaga-peniaga OKU ini untuk diselaraskan di masa akan datang

  2. Adakah Kerajaan Negeri memberikan apa-apa keistimewaan kepada golongan orang kurang upaya untuk menjalankan perniagaan di negeri ini?

    PBT memberi keutamaan kepada kad pemegang OKU semasa sesi temuduga permohonan gerai dan akan mempertimbangkan kelayakan calon OKU untuk diberikan tawaran sewaan kelayakan premis mengikut kesesuaian premis dan jenis perniagaan

  3. Berapakah jumlah penjaja OKU yang menyewa gerai-gerai milik PBT di Negeri Selangor?

    Berikut adalah jumlah penjaja OKU yang menyewa gerai-gerai milik PBT di Negeri Selangor:

    BIL PBT JUMLAH PENJAJA OKU
    1. MBSA TIADA
    2. MBPJ 35
    3. MBSJ 3
    4. MPK 1
    5. MPAJ TIADA
    6. MPS 5
    7. MPKj 3
    8. MPSp 1
    9. MPKL 1
    10. MPKS 6
    11. MPHS 2
    12. MDSB 1
    JUMLAH 58

    Nota : Data daripada PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.