Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
20) KEBAJIKAN PEMANDU TEKSI, VAN DAN BAS
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu para pemandu teksi, van dan bas di Negeri Selangor?
Sepanjang berlakunya pandemik COVID-19, pelbagai usaha dan bantuan telah diberikan Kerajaan Negeri melalui Pakej Kita Selangor 1.0 dan 2.0 kepada golongan-golongan yang terjejas. Bagi menyantuni kumpulan sasar yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 seperti para pemandu teksi, van dan bas sekolah, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM553,900.00 bagi bantuan Bakul Makanan bernilai RM100 kepada 5,539 orang yang dikenal pasti daripada kumpulan sasar tersebut. Pengedaran Bakul Makanan ini dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia dengan kerjasama Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diselaraskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Kerajaan Negeri akan memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam sebarang bentuk bantuan yang disediakan pada masa akan datang agar lebih ramai golongan penerima menikmati bantuan ini demi kelangsungan hidup yang kian mencabar.