Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
58) KEBAJIKAN PELAJAR UNISEL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramai pelajar UNISEL yang diberhentikan disebabkan masalah kewangan?
Menurut rekod, tiada pelajar yang diberhentikan kerana secara khusus menghadapi masalah kewangan. Pelajar diberhentikan kerana tidak mematuhi peraturan akademik yang telah ditetapkan atau Kedudukan Gagal (KG) atau tidak mendaftar bagi semester semasa.
Walau bagaimanapun, terdapat pelajar yang memberi alasan memohon berhenti kerana menghadapi masalah kewangan seperti berikut:
2020 2021 2022 2023 16 41 19 18 -
Apakah usaha yang dilaksanakan oleh UNISEL untuk membantu pelajar ini?
Pelbagai Usaha yang dilaksanakan oleh UNISEL untuk membantu pelajar ini iaitu:-
i. Data pelajar Unisel menunjukan 64% merupakan mereka dalam kalangan keluarga B-40. Sehubungan dengan itu, UNISEL menyediakan pelbagai skim biasiswa dan dermasiwa untuk membantu pelajar dalam kategori B-40 dan pelajar yang berhadapan dengan masalah kewangan. Usaha ini dilaksanakan bagi mengurangkan kemungkinan pelajar yang terpaksa berhenti pengajian akibat masalah kewangan.
ii. Perincian Biasiswa/Dermasiswa Unisel adalah seperti butiran berikut:
iii. Untuk makluman, sejak 2016 UNISEL telah membelanjakan sejumlah RM 23 juta bagi memberikan biasiswa peringkat Program Asas kepada 1,700 pelajar. Ini ternyata berjaya mengurangkan beban kewangan pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak perlu membayar yuran pengajian di peringkat Program Asas. Syarat yang dikenakan adalah mereka perlu menyambung Ijazah Sarjana Muda di Unisel sehingga selesai.
iv. Selain itu, Unit Bantuan Zakat UNISEL telah memberi bantuan membayar sebahagian yuran pengajian pelajar. Sejumlah RMRM249,000.00 pada tahun 2021 dan RM 249,639.08 pada tahun 2022 telah diagihkan kepada pelajar yang diluluskan permohonan bantuan ini.
v. Peruntukan Bantuan Asas Universiti (BAYU) berjumlah RM2 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri juga ternyata satu usaha mengurangkan beban kewangan pelajar UNISEL.
-
Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada UNISEL setiap tahun sejak 2020?
Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada UNISEL sejak tahun 2020 adalah seperti berikut:
i. Tahun 2020:
Merujuk kepada Belanjawan Selangor tahun 2020, tiada peruntukan khas kepada UNISEL.
ii. Tahun 2021:
Merujuk kepada Belanjawan Selangor tahun 2021, Kerajaan Negeri akan menyediakan sebanyak RM35 juta peruntukan secara pinjaman untuk kedua-dua Institut Pengajian Tinggi ini. Ini adalah untuk memastikan fungsi UNISEL dan KUIS dapat diteruskan dengan lancar. UNISEL telah menerima pinjaman sebanyak RM15 juta pada tahun 2021 tersebut.
iii. Tahun 2022:
Merujuk kepada Belanjawan Selangor tahun 2022, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi pemerkasaan IPT Selangor (Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)).
Kerajaan Negeri juga akan memperuntukkan sebanyak RM3 juta buat UNISEL dalam menyediakan data internet bagi kegunaan para mahasiswa dalam menghadapi dunia pembelajaran hibrid. Unisel telah mendapat RM3 juta dari peruntukan internet ini.
Kerajaan Negeri berbesar hati menubuhkan Kursi Siddiq Fadzil di UNISEL bagi menggalakkan wacana keharmonian serta kesederhanaan. Untuk maksud ini sebanyak RM991,200 juta diperuntukkan. Unisel telah mendapat RM1 juta dari peruntukan ini.
Program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) berbentuk tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti dan bertujuan membantu golongan ibu ibu bapa kategori B40 dan M40. Sebanyak RM4 juta diperuntukkan pada tahun 2023. Unisel telah mendapat RM991,200 dari peruntukan ini.
iv. Tahun 2023:
Merujuk kepada Belanjawan Selangor tahun 2023, sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi pemerkasaan dan pembangunan Universiti Islam Antarabangsa Selangor/UIS dan UNISEL untuk tahun 2023.
Program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) berbentuk tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti dan bertujuan membantu golongan ibu bapa kategori B40 dan M40. Sebanyak RM4 juta diperuntukkan pada tahun 2023. UNISEL telah mendapat RM2 Juta dari peruntukan ini.