Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

171) KEBAJIKAN PEKERJA SWASTA DAN KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan polisi gaji minima RM 1500 untuk pekerja swasta sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU12 yang lalu?

    Kerajaan negeri sedang melakukan kajianmenyeluruh tentang bagaimana masih ada pekerja yang tidak memperoleh gaji RM1500 walaupun sudah bekerja melebihi 5 tahun. Kerajaan Negeri akan melaksanakan program-program kemahiran bagi meningkatkan keupayaan pekerja di Selangor mendapat gaji yang lebih tinggi.

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri bertindak meneladani polisi sedemikian dengan melaksanakan gaji minima untuk kakitangan Kerajaan Negeri , agensi Kerajaan Negeri dan syarikat kepunyaan Kerajaan Negeri ?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan Jawatankuasa Manifesto kerajaan
    melibatkan agensi-agensi kerajaan bagi mengkaji pelaksanaan manifesto,
    termasuk cuti 90 hari bagi wanita bersalin dan 14 hari bagi suami. Pelaksanaan
    bergantung kepada syor Jawatankuasa ini.

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan skim cuti bersalin untuk pekerja wanita selama 90 hari sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU 12?

    Sama seperti di Sub (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.