Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
67) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak pekerja ladang di Selangor dari tahun 2000 hingga 2007 mengikut pecahan kaum di setiap kawasan DUN?
Jumlah pekerja ladang di Negeri Selangor mengikut kaum dan daerah adalah
seperti berikut :BANGSA
Bil DAERAH Melayu Cina India Lain-lain JUMLAH
(Warga asing)
1. Kuala SelanQor 109 3 1,379 178 1669
2. Hulu SelanQor 65 2 409 76 552
3. Kuala LanQat 182 11 686 328 1207
4. Klang 136 – 276 204 616
5. Sabak Bernam 42 1 121 – 164
6. Hulu Langat 17 1 34 – 52
JUMlAH 551 18 2,905 786 4,260 -
Apakah rancangan-rancangan yang bakal diketengahkan oleh kerajaan negeri untuk membantu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan pekerja ladang?
Kerajaan negeri sedang menyusun beberapa strategi dalam membantu
mempertingkatkantarat kehidupangolongan pekerja ladang seperti berikut :
1. Mengenal pasti ladang-Iadang yang menghadapi masalah dari segi
kemudahan perumahan, intrastruktur, Sekolah Tamil dan berbagai-bagai
masalah yang meliputi keperluan hidup pekerja ladang.
2. Setelah ladang dan masalah yang dihadapi dikenal pasti, lawatan serta
perbincangan di antara pihak majikan dan pekerja ladang diadakan
sehingga mencapaikata sepakat.
3. Bagi menjaga kepentingan pekerja, Kerajaan Negeri akan memastikan
pihak ladang menyediakan sistem atau saluran tertentu di mana
kepentingan pekerja ladang dan majikan dapat di bincang. Antaranya ialah:
i. Terdapat kesatuan seke~a di mana peke~a ladang dapat
menyalurkankeperluan ahli;
– – – – – — — – — —-
BANGSA
Bil DAERAH Melayu Cina India Lain-lain JUMLAH
(Warga asing)
1. Kuala SelanQor 109 3 1,379 178 1669
2. Hulu SelanQor 65 2 409 76 552
3. Kuala LanQat 182 11 686 328 1207
4. Klang 136 – 276 204 616
5. Sabak Bernam 42 1 121 – 164
6. Hulu Langat 17 1 34 – 52
JUMlAH 551 18 2,905 786 4,260
ii. Terdapat juga Jawatankuasa-jawatankuasa yang mana
anggotanyaterdiri daripadawakil peke~a dan majikan;
iii. Pihak ladang menyediakan Pegawai Kebajikan untuk menjaga
kebajikan pekerja-pekerjaladang;
iv. Terdapat Jawatankuasa lain diwujudkan untuk berperanan ke
arah meningkatkankebajikan dan kesejahteraanpekerja ladang.
v. Kerajaan Negerijuga bercadang menubuhkansekolah berasrama
bagi anak-anak peke~a ladang yang mendapat keputusan yang
kurang cemerlang. Ini bagi membolehkan pendidikan anak-anak
pekerja ladang lebih te~amin.
Di samping itu, kebajikan dan kepentinganpeke~a ladang di jagaldikawal melalui
undang-undang buruh (Pejabat Tenaga Kerja) manakala penentuan gaji atau
kemudahan peke~a adalah melalui pertubuhan seperti MAPA (Malaysian
Agriculture ProducersAssociation).