Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
47) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah bagi membantu pekerja-pekerja ladang menambah pendapatan di samping kerja-kerja di ladang?
- Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan satu skim yang dinamakan Dana Industri Kecil Sederhana (IKS) yang memberi bantuan dalam bentuk peralatan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi pekerja ladang yang berminat, mereka boleh memohon dana tersebut untuk menjalankan perusahaan sendiri dan seterusnya memberi pendapatan tambahan kepada mereka.
-
Apakah langkah-langkah untuk membantu kaum wanita atau para isteri pekerja ladang yang ingin mempunyai pendapatan tambahan?
- Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan satu skim yang dinamakan Dana Industri Kecil Sederhana (IKS) yang memberi bantuan dalam bentuk peralatan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Selain itu, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan juga turut menawarkan Dana Blueprint Kemiskinan untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi wanita atau isteri pekerja ladang yang berminat, mereka boleh memohon dana tersebut untuk menjalankan perusahaan sendiri dan seterusnya memberi pendapatan tambahan kepada
-
Jika berlaku kemalangan atau kematian ketua keluarga, apakah perlindungan dan bantuan untuk mereka menampung diri dan anak-anak?
- Bagi anak-anak pekerja ladang, Kerajaan Negeri menyediakan satu bantuan iaitu Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang di mana dana ini digunakan untuk menaja mana-mana anak pekerja ladang yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran ini Kolej Inpens Antarabangsa di Kuala Selangor. Selain itu, sumbangan dari Ahli Dewan Negeri Selangor yang berkaitan amat digalakkan bagi meringankan beban keluarga pekerja ladang yang kematian ketua