Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
225) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kebajikan yang telah diberikan oleh kerajaan Negeri kepada pekerja ladang?
Di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, program-program yang dilaksanakan adalah khusus untuk membantu menjaga kebajikan pekerja ladang dalam meringankan bebanan yang ditanggung dalam kehidupan seharian. Antara program – program yang dilaksanakan khusus bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:
- Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bus Sekolah
Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi keluarga.
- Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia
Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.
- Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)
Penyampaian wang adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.
- Program – program Motivasi Pekerja Ladang
Dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi para pekerja ladang dalam mengharungi kehidupan seharian serta perkongsian ilmu dalam meningkatkan sokongan dan menanam semangat dan keyakinan diri di dalam setiap pekerja ladang terbabit.
Selain daripada itu, program kebajikan yang juga telah laksanakan adalah lawatan ke ladang – ladang dalam memastikan segala permasalahan dan isu – isu yang dibangkitkan dapat diketengahkan dan diselesaikan secara baik. Antara lawatan dan permasalah yang dapat diselesaikan melalui Jawatankuasa Tetap pekerja Ladang adalah seperti di Ladang Bukit Raja, Ladang Inche Canon dan Ladan Bangi. Sempena lawatan yang dilaksanakan, turut disampaikan adalah hamper berbentuk keperluan harian bagi meringankan beban pekerja ladang tersebut.
-
Berapakah pendapatan tetap isi rumah bagi setiap keluarga pekerja ladang?
Berdasarkan program – program yang telah dilaksanakan di ladang – ladang seluruh Selangor dibawah Jawatankuasa tetap Pekerja Ladang mendapati pendapatan tetap isi rumah bagi setiap keluarga pekerja ladang dianggarkan sebanyak RM 900.00
-
Bagaimana kerajaan negeri menjamin hak dan kebajikan setiap pekerja ladang?
Jaminan Kerajaan Negeri terhadap hak dan kebajikan setiap pekerja ladang dapat kita lihat melalui program yang berterusan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang. Program-program kebajikan tersebut adalah salah satu cara Kerajaan Negeri bagi memastikan hak – hak pekerja ladang mendapat perhatian secukupnya. Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang berusaha untuk mengeluarkan pekerja ladang dari kemelut kemiskinan dengan memberi bantuan berkaitan pendidikan kepada anak-anak mereka dengan harapan satu masa nanti, anak-anak inilah yang akan membantu mereka keluar dari belenggu