Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
73) KEBAJIKAN PEKERJA DIBERHENTIKAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada pekerja yang telah diberhentikan akibat penutupan kilang di Selangor?
Bagi membantu mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri mengadakan program-program Jom Kerja di beberapa daerah seperti di Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat ini disyorkan untuk mendaftar dalam portal JobsMalaysia untuk penjodohan pekerjaan di samping menjemput mereka hadir ke karnival-karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Mereka juga turut dipelawa ke Temuduga Terbuka yang diadakan di cawangan-cawangan jabatan ini.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan semua pekerja yang diberhentikan terbela?
Selain usaha membantu pekerja yang terlibat mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan program-program bantuan melalui Jawatankuasa Tetap yang berkaitan untuk menggalakkan pekerja yang diberhentikan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti berikut;-
- Jawatankuasa Tetap Kemiskinan : Program Bantuan BluePrint Pembasmian Kemiskinan-yang memfokus kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan yang tidak mempunyai modal untuk membeli mesin. Bantuan maksimum diberikan adalah sebanyak RM5000.00 (bantuan dalam bentuk pemberian mesin bantuan perniagaan.)
Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan : Program Hijrah Kerajaan Negeri menyediakan modal
- Jawatankuasa Tetap Usahawan : Dana Mikro pemberian dana sehingga RM30,000 untuk modal