Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

196) KEBAJIKAN PEGAWAI & JAWATANKUASA MASJID

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pegawai dan jawatankuasa masjid antaranya terdiri daripada Nazir, Imam dan Bilal. Apakah langkah kerajaan untuk menjaga kebajikan mereka?

    Pemberian elaun bulanan dan tahunan kepada Pegawai dan Jawatankuasa Masjid.

  2. Berapakah peruntukan elaun terkini yang diberikan kepada yang layak dan adakah kerajaan bercadang untuk menambahnya?

    Pemberian elaun kepada Imam 1 dan 2 sebanyak RM 750.00 sebulan melalui peruntukan kewangan daripada pihak JAKIM dan elaun bulanan kepada Jawatankuasa Masjid melalui peruntukan Lembaga Zakat Selangor seperti berikut :

     

    i)          Nazir RM 200.00
    ii)         Bilal 1 RM 290.00
    iii)        Bilal 2 RM 200.00
    iv)        Siak 1 RM 240.00
    v)         Siak 2 RM 150.00
    vi)        Tim. Nazir RM 100.00
    vii)       Setiausaha RM 100.00
    viii)      Bendahari RM 100.00

     

    JAIS bercadang untuk memohon penyeragaman elaun Bilal dan Siak di samping penambahan elaun bagi jawatan Bendahari Masjid  kepada Lembaga Zakat Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.