Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
235) KEBAJIKAN MANGSA PASCA BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Selain bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), apakah bentuk bantuan lain yang diberikan kepada mangsa pasca banjir?
Untuk makluman Yang Berhomat, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM850,000.00 yang disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor bagi pembayaran Bantuan Wang Ihsan serta kos operasi bencana. Selain tu juga, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM500,000.00 bagi program kesedaran komuniti terhadap risiko bencana, perolehan makanan retort kepada mangsa bencana serta latih amal dan simulasi agensi respon menghadapi bencana. Kerajaan Negeri Selangor memberikan Bantuan Wang Ihsan berdasarkan kadar yang telah dinyatakan di dalam ketetapan Surat Ikatan Kumpulan Wang Tabung Bencana Khas Negeri Selangor seperti berikut :
BIL. PERKARA KADAR MAKSIMUM (RM) 1. Mangsa Banjir: - Banjir
- Banjir Kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)
500.00
250.00
(kadar maksimum setahun)
2. Mangsa Kebakaran: a. Musnah keseluruhan
b. Musnah sebahagian
500.00
200.00
3. Mangsa Tanah Runtuh dan Ribut 500.00 4. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia 1,000.00 Bantuan Pemulihan Mangsa Bencana Alam dari Kerajaan Negeri Selangor. Rujukan: (9) dlm. MMK.SEL(R)31016/1 (10/41/96)
- Bantuan Pemulihan Jangka Pendek
Bantuan Pemulihan Jangka Pendek adalah disediakan untuk membantu mangsa-mangsa bencana mengatasi penderitaan yang dialami oleh mereka. Bantuan yang biasa dipertimbangkan adalah seperti berikut :
BIL JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN (RM) 1 Peralatan Sekolah 50.00 seorang 2 Pakaian Seragam Sekolah 50.00 seorang 3 Pakaian Harian 70.00 seorang 4 Keperluan Dapur 100.00 sekeluarga 5 Bantuan Keluarga 40.00 seorang 6 Membina/membaiki rumah 2,500.00 7 Perniagaan Kecil 3,000.00 8 Bantuan Maksimum 5,000.00 - Bantuan Wang Ihsan
Diperuntukkan dengan ihsan Kerajaan Persekutuan menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) semasa Monsun Timur Laut (MTL):
i ) Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa yang berpindah ke PPS dan tidak berpindah tetapi terkesan bencana – RM1,000.00;
Ii) Bantuan Wang Ihsan Kematian semasa Monsun Timur Laut (MTL) – bantuan kepada waris mangsa bencana yang meninggal dunia semasa musim MTL – RM10,000.00
-
Apakah terdapat bantuan dari segi sokongan emosi kepada mangsa banjir yang sering terjejas seperti di Ijok dan Bestari Jaya?
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologikal oleh Pegawai Psikologi / Parawai Kaunselor kepada mangsa bencana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan semasa pasca bencana kepada yang memerlukan.