Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
216) KEBAJIKAN KEPADA PETUGAS PKM, JKKK, KETUA KAMPUNG DAN AHLI MAJLIS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah setiap mereka dicarumkan SOCSO atau Insurans?
Pada 26 Mei 2011, Seksyen Sektoral, UPEN telah mengarah dan memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 8/2011 yang diadakan pada 2 Mac 2011 telah menimbang dan meluluskan cadangan mewajibkan caruman insuran secara berkelompok bagi setiap Ketua Kampung/Pengerusi JKKK dan Ketua Komuniti Kaum India Negeri
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) telah dipersetujui untuk menguruskan dan Caruman Insuran yang telah diluluskan merupakan Skim Komprehensif Takaful Selangor (SKTS) Insuran Berkumpulan yang mengenakan caj sebanyak RM30.00 seorang untuk tempoh setahun secara perkongsian 50:50 di antara Kerajaan Negeri dan pencarum.
Pada 15 Jun 2011, Pejabat Daerah/Tanah Klang telah mengeluarkan cek di atas nama Syarikat Takaful Malaysia Berhad berjumlah RM1,290.00 secara perkongsian 50:50.
Pada 24 November 2011, Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah mengeluarkan sijil seperti berikut :
Nombor Sijil : 379111001079, Nama Produk : Group Term Family
Walau bagaimanapun Skim Komprehensif Takaful Selangor (SKTS) Insuran Berkumpulan ini telah tamat pada 3 Oktober 2012. Adalah disyorkan agar pembaharuan skim dapat dibuat pada tahun 2015.
-
Apakah ada halangan setiap mereka untuk dilindungi dalam skim tersebut dan apakah alternatifnya?
Untuk keperluan Ketua Kampung, JKKK dan Ketua Komuniti India, adalah disyorkan agar pembaharuan skim insuran berkenaan dapat diperbaharui untuk dilaksanakan pada tahun 2015
Bagi pencaruman SOCSO atau Insuran untuk Petugas PKM, tiada halangan ke atas pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, ia adalah mengikut kepada keputusan atau dasar Kerajaan Negeri jua.
-
Apakah skim kebajikan kepada petugas ini?
Setakat 15 November 2014, tiada skim kebajikan yang dilaksanakan kepada petugas PKM.