Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

121) KEBAJIKAN DAN TANGGUNGAN SEKOLAH AGAMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kekerapan perubahan silibus di sekolah-sekolah agama di Selangor yang membabitkan pertukaran buku teks dan mengapakah ia berlaku?

    Sukatan Pelajaran Agama di Selangor akan disemak semula 5 tahun sekali.

  2. Mengapakah tiada bantuan tambahan kepada sekolah agama yang mana pihak PIBG terpaksa menanggung beberapa kos sampingan seperti pinjaman buku teks, menggaji tukang kebun dan penjaga keselamatan?

    Hingga ke tarikh jawapan ini disediakan skim pinjaman buku teks hanya dapat
    diberi kepada pelajar-pelajar di 10 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi
    (SRAI) sahaja. Begitu juga dengan kontrak membersih kawasan. Kemudahan ini ada untuk 10 buah SRAI sahaja. Kerajaan masih belum dapat menyediakan
    kemudahankawalan keselamatan di semua SRAI dan Sekolah Rendah Agama.

  3. Apakah bentuk-bentuk kebajikan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah selain dari keperluan asas pembelajaran dan pengajaran?

    Bentuk-bentuk kebajikan yang ditawarkan kepada guru, pelajar dan kakitangan
    sokongan selain kemudahanasas pengajarandan pembelajaran.

    i) Pelajar
    – Skim pinjaman buku teks
    – Skim bantuan biasiswa

    ii) Guru dan kakitangan
    – Gaji dan elaun yang sama seperti guru-guru di Kementerian Pendidikan
    – Peluang kenaikan pangkat secara timebased dan hakiki
    – Kemudahan-kemudahan seperti penjawat awam lain bergantung kepada
    – skim dan gred yang dipegang.

Lampiran

Tiada Lampiran.