Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
100) KEBAJIKAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Penghuraian Exco Kebajikan tentang kadar minimum dan maksimum pemberian Skim Bantuan Am di Selangor RM100 dan RM175 merupakan kedua terendah di Malaysia : Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambahkan peruntukan atau memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar mewujudkan peruntukan yang ditamatkan sejak Januari 2014?
Penghuraian EXCO Kebajikan tentang kadar minimum dan maksimum pemberian Skim Bantuan Am di Selangor RM100.00 dan RM175.00 merupakan kedua terendah adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 bil 3. Jabatan Audit Negara Negeri Selangor telah menjalankan auditan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor pada April hingga Jun 2014 berkaitan Pengurusan Skim Bantuan Am (SBA). Merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, Jabatan Audit mendapati kadar Skim Bantuan Am yang ditetapkan di negeri Selangor merupakan kedua terendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Jadual 1 menunjukkan Kadar Skim Bantuan Am mengikut negeri.
Jadual 1: Perbandingan Kadar Skim Bantuan Am mengikut negeri- negeri
NEGERI KADAR SEMASA SKIM BANTUAN AM (RM) SEMAKAN TERAKHIR KADAR SBA DIBUAT (TAHUN) Minima Maksima Perlis 50.00 150.00 2013 Selangor 100.00 175.00 2007 Negeri Sembilan 100.00 200.00 2001 Melaka 140.00 230.00 2013 Perak 150.00 250.00 2013 Sarawak 150.00 250.00 2009 Sabah 150.00 300.00 2012 Kedah 150.00 350.00 2004 Terengganu 200.00 450.00 2013 Pulau Pinang 220.00 770.00 2014 Kelantan 120.00 2012 Johor 150.00 2012 Pahang 300.00 2012 (Sumber : Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 Negeri Selangor)
Kerajaan Negeri Selangor bercadang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sedang meneliti kadar baru Skim Bantuan Am. Pada masa sekarang sedang dalam peringkat kajian yang melibatkan pengesahan statistik penduduk Negeri Selangor yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan. Pengesahan ini perlu kerana ia melibatkan implikasi kewangan.
Pada tahun 2001, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah meluluskan Pakej Rangsangan Baru Ekonomi Negara dengan peruntukan RM100 juta untuk menaikkan Kadar Bantuan Am Negeri. Tambahan peruntukan MTEN diberi pada kadar 33.3% daripada kadar Bantuan Am yang diberikan oleh kerajaan Negeri tetapi tidak melebihi had maksima RM350.00 sebulan bagi satu keluarga.
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Kebajikan Masyarakat bil. 02/2013 pada 12 hingga 14 September 2013 memutuskan peruntukan tambahan di bawah Pakej Rangsangan Baru Ekonomi Negara yang diterima mulai Januari 2001 ditamatkan pada Januari 2014. Asas pertimbangan penamatan adalah:
- memudahkan pengurusan pembayaran bantuan. Pada masa sekarang JKM perlu mengeluarkan 2 baucer berbeza untuk setiap bayaran; dan
- mengelakkan kekeliruan di kalangan penerima bantuan
-
Penghuraian Exco Kebajikan tentang jumlah pusingan pembiayaan MIMBAR, berapakah jumlah peserta dan pembiayaan?
Sehingga Februari 2015, jumlah keseluruhan peserta MIMBAR adalah seramai 5,136 orang dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM10,915,528.00. Dari tahun 2011 hingga 2015, MIMBAR telah memberikan tiga (3) kali pusingan kepada pesertanya yang ingin meneruskan dan menambah pembiayaan. Pecahan pusingan ini adalah seperti berikut:
PUSINGAN PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 TIDAK MENERUSKAN PUSINGAN PINJAMAN JUMLAH KESELURUHAN PESERTA 2,743 295 12 1,779 5,136 PEMBIAYAAN (RM) 5,067,708.00 1,132,580.00 55,000.00 3,527,660.00 10,915,528.00 PERATUSAN (%) 56.79 10.38 0.51 32.32 100.00 -
Berapakah jumlah dan peratus peserta yang masih menerima pembiayaan dalam pusingan seterusnya dan berapakah jumlah dan peratus yang melepasi garis kemiskinan dan tidak lagi menerima pembiayaan?
Berdasarkan statistik sehingga Februari 2015, seramai 2743 peserta iaitu 56.79% masih lagi dalam pembiayaan pusingan 1 bersamaan RM5,067,708.00. Manakala peserta yang meneruskan pusingan ke-2 dan ke-3 seramai 307 peserta bersamaan RM1,187,580.00 mewakili 5.98%. Jumlah peserta yang telah habis bayaran balik pinjaman MiMBAR dan tidak meneruskan pusingan pinjaman seterusnya adalah seramai 1,779 peserta bersamaan 37.23%. Manakala peserta yang melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) pula tidak dapat dijelaskan secara kajian ilmiah kerana tiada kajian khusus dan menyeluruh dalam mengukur keberkesanan keluarga penerima MIMBAR yang berjaya melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK). Hanya melalui pemantauan pegawai-pegawai MIMBAR, telah mengenalpasti terdapat golongan minoriti di kalangan pesertanya yang agak cepat matang dalam perniagaan dan mengalami perubahan yang mendadak dari keadaan zon “survival” kepada zon keusahawanan. Jumlah tersebut mewakili seramai 800 peserta dengan pendapatan antar RM1,600.00 sehingga RM3,000.00 sebulan.