Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
181) KEBAJIKAN DAN PELUANG MELANJUTKAN PEMBELAJARAN UNTUK GURU-GURU KAFA DAN SEKOLAH AGAMA JAIS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat cadangan untuk membiayai pendidikan guru-guru KAFA untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA?
Setakat ini belum ada cadangan pembiayaan.
-
Adakah IPT milik penuh kerajaan negeri akan bekerjasama untuk menawarkan program pendidikan kepada guru KAFA?
Telah ada hubungan kerjasama dengan KUIS dan UNISEL dalam program diploma dan ijazah pendidikan.
-
Adakah terdapat cadangan kerajaan negeri untuk menyerap guru kafa dalam kerajaan negeri?
Tidak ada. Walau bagaimanapun, guru-guru KAFA yang telah memenuhi syarat lantikan termasuk Diploma Perguruan Lepasan ijazah (DPLI) layak untuk memohon ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kontrak/ Tetap).