Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
138) KEBAJIKAN DAN HAK GOLONGAN WANITA DI DUN TERATAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan wanita, terutamanya ibu tunggal dalam DUN teratai dalam tahun 2013?
Usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan wanita, terutama ibu tunggal di Negeri Selangor adalah menawarkan skim-skim seperti berikut:
- Program-program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB)
- Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel)
- Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR)
- Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA)
- PET-SOHO-S: Program-program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor
Golongan wanita boleh menikmati semua skim-skim yang ditawarkan mengikut jenis skim yang dikehendaki.
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk memberi kebajikan kepada golongan wanita di DUN Teratai dalam tahun 2013?
Peruntukan untuk program-program wanita adalah berdasarkan program dan aktiviti yang ditawarkan oleh DUN menerusi mekanisme seperti Pusat Wanita Berdaya (PWB).
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 ribu untuk peralatan memasak atau menjahit dan RM5 ribu lagi untuk peralatan pejabat. Para penyelaras dan penyelia PWB diberi elaun RM750.00 sebulan
Program-program latihan dan advokasi berpandukan Pelan Tindakan Wanita Selangor akan mendapat RM5000.00 setiap program
Selain itu golongan wanita boleh mendapatkan peluang-peluang lain yang disediakan seperti yang di sebut dalam jawapan a) di atas.
-
Apakah rancangan pelaksanaan 5 tahun Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan dan hak golongan wanita di DUN Teratai?
Dalam masa lima tahun akan datang ini, Kerajaan Negeri akan mempergiat usaha-usaha sedia ada bagi membantu wanita, khususnya dalam fokus ekonomi, keselamatan dan sistem sokongan bagi wanita bekerja. Selain itu, 20% daripada ibu tunggal yang mempunyai perniagaan akan dibantu untuk meningatkan perniagaan mereka menerusi bantuan penambahan modal.